Khamis, 30 April 2015

GIRL POWER!






" A girl is worth more than her outer appearance,
A lady boss is worth more than her title at work,
A mother is worth more than whether or not  she can have kids,
A bussinesswoman is worth more than how much money she makes,
A supermodel is worth more than her waist size,
A beauty pageant is worth more than the colour of the skin, 
A diva is worth more than what the media potrays her to be,
A queen is worth more than the name of brand she does or doesn't wear,
And surely  a woman is worth more than the skin the world pressures her to show."





Credit to my fabulous Sir Hakim for this beautiful saying. Im just love it n am proud to be a proud woman! 

Selasa, 28 April 2015

LIFE IS CUN FEATURED IN BERITA HARIAN

Lama sangat dah ni Life Is Cun featured in in Berita Harian tu. 24 September 2014 yang lalu. Tapi memandang masa tu scha sangat sangat busy dengan spm so sekarang lah baru sempat nak update nya. Hari kak azma aka reporter BH tu contact pn scha tengah ada kem untuk spm tu. 




Ala masuk bahagian skor je. Bahagian blogger remaja. Thanks kak azma yang interview scha. Main jawab je tu haha. 




Kebetulan pulak kak azma amik gambar ni. Gambar cikgu2 scha masa anugerah cemerlang. So hari tu, masa dalam kelas Chemistry , tetiba cikgu idris kata "scha masuk berita harian la harini" . So dah agak la oh mesti dah keluar haha kantoi dah la pasal blog ni. Lepas pada tu ada satu hari tu cikgu tu tegur. Cikgu baru gak lah. Tegur. Pastu kata eh kenal ke. Dia jawab kenal je, i baca blog u. Hahahahaah 

Terima kasih kerana membaca! Xoxo! 

Jumaat, 24 April 2015

#BLOGGERTALK | CIRI CIRI PASANGAN IDAMAN

First time update blog pakai laptop selepas berkurun lamanya. Sebelum ni guna fon je tak rasa nikmat blogging sangat, tu yang blogwalking pn jarang tu. hihi. Alang-alang tengah mood cuti so boleh la. Ha first time jugak join #bloggertalk ni. Nak type entry ni pn dok fikir jugak lah sebab ciri2 pasangan idaman ni mestilah hampir2 perfect je nak haha. so letssss

1.Kacak
hahaha demand sangat kan. Tipu sangat kalau cakap tak pandang rupa. Pandang jugak lah sebenarnya tapi tak la nak kacak sangat2, sedar diri je sobs. Kacak pastu pandai bergaya pulak ohmaii sis sukaaa. *emoticonmatakuarlove* Paling suka tengok rambut. Oh ya kacak ni termasuklah pembersih dan kemas. 

2. Tinggi
Me 162 cm so nak yang lebih tinggi dari ni. Dah semestinya la kan lelaki akan tinggi dari tu. Sebab dia. Sebab lelaki tinggi nampak extra handsome. dan sebab suka macam tu lah. Dan sporting. Nak selit kat sini je sporting. Baru menarik sikit bukan boring ja selalu. 

3. Bijak
Hee. Sangat suka lelaki yang berpelajaran. Pastu nak lagi dia suka membaca. Alahai sukanya bole dating kat kedai buku, minat pulak sama. Termasuklah tau pengetahuan semasa. Alahai sangat turn off kalau itu bole tak tau ini tak tau. Boring. Dan dia semestinya seorang yang lagi dua 'B' iaitu berani dan bertanggungjawab!



4. Cintakan aktiviti outdoor
Memadangkan saya seorang gadis outdoor so nak guy macam ni jugak hee best laa dapat yang faham minat kita. So bole buat aktiviti tu sama2, p hiking sama2, camping sama2. Selalu buat semua ni dengan member ja, Penah dapat bf macam ni tak tahan lama la pulak haha. And love nature too. Orang macam ni dia lebih menghargai sekeliling dia dan selalunya berjiwa penyanyang. Weee

5. Bad Boy
Haha taste sangat bad boy ni. Describe bad boy ea. Macam mana entah, dia macam nakal je tapi bukan category jahat. Bad boy in a good way. ahaha ada ke macam tu? Kira boleh la tu. Lagi bonus kalau seorang yg penghibur. Kelakar pulak. Hai memang tak sunyi lah hidup ni. Tengah otp pn kerja gelak je, pastu bukan boring type. Tengah otp bole selalu nyanyikan kt aku. haha *rindukenanganlalusebenarnya* Bagi contoh otp sebab sebelum ni long distance relationshop so on the phone dgn skype je mampu :'(

6. Beriman
Bad boy pn kena tetap buat yang wajib lah. Tau mana baik mana buruk. Hihi. Yang ni dah semestinya la. Nama pn pasangan idaman so nak hidup bersama nanti bukan sehari dua contoh kalau solat dia bole tinggal ha ape lagi kau tu. Dan dan bonus kalau dia family man n luv kids!


OK cukup cukuplah berangan tu. Macam mana pn kalau dah sayang tu terima jugak seadanya. Cewah hihi. 


 Hai pasangan idaman ;)


*macam gedik ja bila ulang baca entri ni. Ahahahahaha*

Rabu, 22 April 2015

INTERVIEW ALAM


Alam ni macam impian dari dulu lagi tapi tak buat apa2 sebab rasa mcm mustahil utk scha haha tapi tiba2 dapat iv rasa macam ada chance lagi lah. Hmm masih terfikir nak pegi ka tak. Scha apply ni pn sebenarnya cuba2 je, dalam banyak2 scha apply interview ni lah paling tak sangka dapat. Memang 99% apply je tak harap langsung haha. Tp alhamdulillah dapat interview. Interview baru lah, nak lepas ni pn kemain payah ada test fizik dulu. Ai dah la tak ingat apa2 dah ni pasal ni hihi. 

Iv ni kat melaka punya jauh wuu tu yang buat dok fikir jugak tu. Tapi yang tu tak jadi hal sangat la. Kalau pegi pn tak harap sgt dapat cuma untuk amik pengalaman jelah kan.  Sekarang tengah sembang dengan sis2 alam dulu. Sooo.. Tengok lah macam mana nanti. Hee

Selasa, 21 April 2015

UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA 2015

Alhamdulillah.. Dah selesai pn ujian sikap daerah padang terap untuk juniors yang akan p ke temuduga king scout nanti. Semangat waja ja p ujian sikap ni sebab tahun lepas dah mai sebagai peserta n sekarang mai sebagai pembantu pulak haha. Pembantu lah sangat. 



Penat scha aja budak2 ni cara buat bushman thong bole pulak p tarik diri haha sadis aih. Tapi takpala. Bushman thong ni benda penting la untuk p temuduga nanti, tak boleh buat memang blur lah sorang2 kat ujian tu nanti.

My girlfriends. Dengan kem jalah boleh lepas rindu kat depa sebab hari lain memang semua tak keluar rumah walaupun rumah masing2 tak jauh mana haha memang tak la nak jumpa.

Latihan kawad tongkat. Semua ni persediaan untuk ke temuduga lah. 




Ha nilah muka2 pengakap raja smk naka tahun lepas. Tahun ni untuk melisa dan KA mohon jangan give up dan bertahan lah sampai habis yee. 

Tu jalah nak cerita. Aktiviti kat sini semuanya untuk persedian ke temuduga.  Depa siapkan buku log, belajar ikatan2 semua tu jalah. Masa start type entry ni haritu depa tak pegi la interview tu to baru sambung harini maksudnya depa dah lulus pn interview tu hihi. Congrats lah buat melisa yg malam2 pn mai rumah sebab takut tak boleh buat bushman thong tu haha.

Untuk semua calon pengakap raja tahun ni, good luck okeh! Nanti jangan berhenti pulak sebelum pentarafan. Mcm km tahun lepas yedak sat nak sat tarik diri ahaha maaf lah semuanya. All the best! 



Selasa, 7 April 2015

EKSPEDISI GUNUNG JERAI

Phewww, rasa macam dah serik nak hiking gunung jerai. Hahaha letih gila weiiiii macam nak putus kaki. Dah la benda tak plan , dengan sejak belakangan ni pulak scha memang duk rumah saja je baca novel online je keje tetiba nak join xtvt yg perlukan stamina yang tinggi ni pulak haha.. Tapi mcm mana pn memang nak p jugak pn. Sebab kalau x join yang ni taktau bila pulak la boleh naik atas gunung jerai tu macam lambat lagi pulak jer.

Btw scha pegi ni sebenarnya sbg kelana, join xpdc gunung jerai untuk bakal2 pengakap raja. Masa awal2 tu kemain semangat takmau duduk last, tuptup abang van tu cakap xdak orang dah kat belakang, kami last. Lepas tu apa lagi terus sambung perjalanan dengan penuh semangat. 


Berhenti rehat sat. Masa ni takla rasa letih lagi sebab baru berapa km je. Oh sebelum tu untuk sampai ke puncak gunung jerai, kita perlu mengharungi perjalanan sepanjang 12 kilometer. 


4 km to go. Waaaa macam nak teriak dah waktu ni ahaha scha dk fikir memang takkan sampai atas dah. Waktu ni pulak dari jalan beramai2 tu tinggal scha dengan alif ja. Yang lain semua dah tinggal kami. Tu pn nasib baik ada alif yg kesin nak tinggal scha sorang2. Hahaha thanks kkk nanti mai claim yg kita janji nak belanja tu :p


Finally!!! Dah dekat pukul 8 baru sampai. Haha.. Kitaorang start perjalanan pukul 3.45 petang macam tu sampai dalam pukul 7.50 malam. Lebih kurang 4 jam jugak la. Masa ni rasa mcm baru dapat award pulak haha lega and bangga jugak la boleh sampai kat sini ingat memang kantoi kan tengah jalan ja. Haha 

Abg syawal siap kata nak amik moto p tengok aku kat mana dah tengok2 dah sampai. Adoyai



Kawasan perkemahan tu. Malam tu memang sejuk gila kat sini memang tipu la x sejuk dah di atas gunung tu ha. Dahla tak bawak sweater ke apa, harapkan cardigan nipis tu ja. Sobs 

Malam tu ingat nak tidur kat surau tu ja, surau yg macam khemah jela bukan surau yg bangunan tu pn, lepastu dengar guruh, mak ai dengan sekarang pn macam dah beku terus tak jadi tido camtu je.  Scha dengan ilah p amek khemah kat abg syawal n the gang pastu terus pasang kat dalam surau tu so macam khemah dalam khemah la citer dia. Ehehe

Dah tidur dalam khemah tu pn berapa jam baru boleh tidur. Sat pusing sana sat pusing sini adoi tak tahan sejuk, selimut pn pakai kain batik ja haha sebab tak ma bawak banyak barang punya pasal. Macam nak demam rasa malam tu dengan letihnya dengan sejuk ya last2 bila scha terlena pn xtau la..



Morning! 



Ni keesokan pagi tu dah la. Geng2 yang p sekali dengan scha mcm abg syawal, alif, naim, keri, abg don n sir amirul semua tidur kat pondok tu. Lagi la thrill, tidur camtu ja tapi last2 depa naikkan jugak satu khemah, sapa yg masuk tidur kt dalam tak tau la. 



Nampak tak sayup2 je pemandangan kat belakang tu, putih ja nampak. Hee best sangat waktu ni. Udara pagi yang sangat fresh. 



Sekarang masa untuk cari bekfes! Wehee





Pagi tu pulak kitorang meneruskan lagi perjalanan untuk aktiviti survival. Ni masa peserta semua tgh dengar briefing sebelum naik kat atas. 



Amek beras sorang segenggam k. Dah genggam tu pulak kena shake2 dulu kikiki



Disebabkan dah kena yang teruk kemarin so harini walaupun teruk jugak tapi jadi biasa sikit la haha.. Memang penat jugak la. Dahla ada pacat naik kat seluar tu pn nasib baik ilah hbaq, yang aku ni macam nak kuar air mata dah dok suruh abang guide tu buang dia boleh buat rilex tanya kenapa kenapa haha.. Elok benda alah tu naik makin atas baru dia buang Ya Allah menakutkan!!!



Chayok2, sikit je lagi!



Yang berasap kat belakang tu sebenarnya depa semua tengah masak. Nasi + sardin + telur goreng + air masak



So ini hasil yang akak2 kelana kita buat. Nampak menyelerakan tak? Hihi 



Dah habis budak2 tu masak kami jadi juri pulak untuk hidangan tu semua, macam2 rasa ada haha kenyang jugak lah jadi juri ni. 



Masa untuk turun balik ke camp site.



Petang tu xdak aktiviti so kita nikmati jela pemandangan yang indah dari puncak ni.  Best je environtment kat atas ni, tenang gila! Petang tu jugak budak2 boleh terjun dalam swimming pool yang memang dah disediakan kat situ. Seronok lah hampa ek.



Breathtaking scenery.



Dengan abang2 kelana pendang pulak. Selfie kemain la masa ni sebab petang tu scha dgn kawan2 yang lain balik dulu sebab ada hal2 yang tak dapat dielakkan. Peserta n yang lain semua balik pagi esok tu.



Dengan abang syahir yang baru sampai. 



Sukanya tengok pemandangan macam ni. Rasa takmau balik ja. 



Petang tu kami balik pukul 6.30 macan tu la, balik turun bawah naik kereta, tak sanggup dah nak guna tenaga sendiri haha. Naik kereta tu pn aku dah kantoi sebab yela jalan dia Z kot, memang pening gila. So terus tutup mata n tidur.

Dah sampai bawah tukar kereta, naik dengan abg syawal pulak untuk balik naka, aku dengan ilah tak cakap sepatah dah, letih yang amat sangat so terus tido sampaila bila terjaga ja dah nampak rumah. Haha tu jelah cerita pasal gunung jerai ni. Next time walaupun fikir panjang jugak untuk p lagi tapi memang nak p jugak haha yelah grab semua chances yg ada, baru banyak experience kan. Jumpa lagi!








Isnin, 6 April 2015

REUNION 6CEMERLANG SK NAKA

Pheww after 5 years! Baru boleh jumpa balik semua.. Ada la 2,3 orang yg dah selalu jumpa sebab satu skolah tp kebanyakannya semua dah lama tak jumpa sebab masing2 sekolah jauh2.. Rindunyaaaa kat kenangan sekolah rendah dulu.. Jangan kata sekolah rendah, sekolah menengah pn dah start rindu ni. Sobs

Yang paling penting, thanks to afikah yang sponsor and sediakan tempat untuk reunion, reunion ni dibuat kat Chalet Bayu Naka kepunyaan afikah hee so senang cerita. Dan thanks jugak utk nadia yg banyak tolong, muaz n semua lah untuk memastikan reunion kali ni dijalankan dengan jayanya. 

Behind the scene. Best sangat tempat ni, sangat tenang dan tanpa gangguan. 

Kawan2 waktu darjah 6. Aku tengok semua takdak perubahan, sama ja macam aku tengok 5 tahun dulu. Haha. Cuma makin lawaa noh semua. Hihi

Buat bbq reunion kali ni so boleh la santai2 dengan mmber kan sambil2. 

Sambil2 dok menyembang boleh naik atv ni kat area chalet ni. Memang disediakan kat sini. 

Ok ni bestfriend masa sekolah rendah. Dulu kan sek rendah macam geng2 sikit so nilah geng scha haha. Ada 2 orang tak mai so masih tak lengkap lagi. Yang paling hujung tu bestfriend sampai sekarang n sampai bila2 insyaAllah. My darling hanim. 

Tukaq turn. Tadi turn ladies kini giliran the gentlemen pulak untuk jaga ayam. Ha tapi tula, kawan2 perempuan semua tak nampak perubahan sgt, tp kawan2 lelaki memang berubah habis laa.

Naik buggy pusing2 kampung. Haha habis semua orang kampung tengok, tapi memang best laa, dengan environment fresh kat kampung pulak, mmg seronok! Masa ni tengah tunggu ayam kot, dah lambat sgt kami pn p lah jalan2 dulu. Hee

Ok muka effect lightning terlebih. Haha. Seronok dapat santai2 macam ni, relax ja..

Budak2 ni excited, dah macam kanak2 ribena dah aku tengok haha. 

Ni lah yang memeriah reunion kali ni! Thanks semua yang boleh luangkan masa untuk lepak2 bersama. Nanti beberapa tahun akan datang kita buat lagi k. Best dapat jumpa semua, dah la semua result spm meletop kemain. 

So all the best lah untuk semua. Lepasni masing2 akan teruskan perjalanan kat peringkat yang lebih tinggi pulak kan. Jumpa lagi nanti! Xoxo! 


Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut tentang Chalet Bayu Naka ni boleh contact nombor yang tertera di bawah ;)
013 5060 585 (Abdullah)
019 560 1122 (Nor Siha)
Facebook : https://www.facebook.com/Chalet-BAYU-NAKA-667085143332298/?fref=ts (Chalet Bayu Naka)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...