Selasa, 7 April 2015

EKSPEDISI GUNUNG JERAI

Phewww, rasa macam dah serik nak hiking gunung jerai. Hahaha letih gila weiiiii macam nak putus kaki. Dah la benda tak plan , dengan sejak belakangan ni pulak scha memang duk rumah saja je baca novel online je keje tetiba nak join xtvt yg perlukan stamina yang tinggi ni pulak haha.. Tapi mcm mana pn memang nak p jugak pn. Sebab kalau x join yang ni taktau bila pulak la boleh naik atas gunung jerai tu macam lambat lagi pulak jer.

Btw scha pegi ni sebenarnya sbg kelana, join xpdc gunung jerai untuk bakal2 pengakap raja. Masa awal2 tu kemain semangat takmau duduk last, tuptup abang van tu cakap xdak orang dah kat belakang, kami last. Lepas tu apa lagi terus sambung perjalanan dengan penuh semangat. 


Berhenti rehat sat. Masa ni takla rasa letih lagi sebab baru berapa km je. Oh sebelum tu untuk sampai ke puncak gunung jerai, kita perlu mengharungi perjalanan sepanjang 12 kilometer. 


4 km to go. Waaaa macam nak teriak dah waktu ni ahaha scha dk fikir memang takkan sampai atas dah. Waktu ni pulak dari jalan beramai2 tu tinggal scha dengan alif ja. Yang lain semua dah tinggal kami. Tu pn nasib baik ada alif yg kesin nak tinggal scha sorang2. Hahaha thanks kkk nanti mai claim yg kita janji nak belanja tu :p


Finally!!! Dah dekat pukul 8 baru sampai. Haha.. Kitaorang start perjalanan pukul 3.45 petang macam tu sampai dalam pukul 7.50 malam. Lebih kurang 4 jam jugak la. Masa ni rasa mcm baru dapat award pulak haha lega and bangga jugak la boleh sampai kat sini ingat memang kantoi kan tengah jalan ja. Haha 

Abg syawal siap kata nak amik moto p tengok aku kat mana dah tengok2 dah sampai. Adoyai



Kawasan perkemahan tu. Malam tu memang sejuk gila kat sini memang tipu la x sejuk dah di atas gunung tu ha. Dahla tak bawak sweater ke apa, harapkan cardigan nipis tu ja. Sobs 

Malam tu ingat nak tidur kat surau tu ja, surau yg macam khemah jela bukan surau yg bangunan tu pn, lepastu dengar guruh, mak ai dengan sekarang pn macam dah beku terus tak jadi tido camtu je.  Scha dengan ilah p amek khemah kat abg syawal n the gang pastu terus pasang kat dalam surau tu so macam khemah dalam khemah la citer dia. Ehehe

Dah tidur dalam khemah tu pn berapa jam baru boleh tidur. Sat pusing sana sat pusing sini adoi tak tahan sejuk, selimut pn pakai kain batik ja haha sebab tak ma bawak banyak barang punya pasal. Macam nak demam rasa malam tu dengan letihnya dengan sejuk ya last2 bila scha terlena pn xtau la..



Morning! 



Ni keesokan pagi tu dah la. Geng2 yang p sekali dengan scha mcm abg syawal, alif, naim, keri, abg don n sir amirul semua tidur kat pondok tu. Lagi la thrill, tidur camtu ja tapi last2 depa naikkan jugak satu khemah, sapa yg masuk tidur kt dalam tak tau la. 



Nampak tak sayup2 je pemandangan kat belakang tu, putih ja nampak. Hee best sangat waktu ni. Udara pagi yang sangat fresh. 



Sekarang masa untuk cari bekfes! Wehee





Pagi tu pulak kitorang meneruskan lagi perjalanan untuk aktiviti survival. Ni masa peserta semua tgh dengar briefing sebelum naik kat atas. 



Amek beras sorang segenggam k. Dah genggam tu pulak kena shake2 dulu kikiki



Disebabkan dah kena yang teruk kemarin so harini walaupun teruk jugak tapi jadi biasa sikit la haha.. Memang penat jugak la. Dahla ada pacat naik kat seluar tu pn nasib baik ilah hbaq, yang aku ni macam nak kuar air mata dah dok suruh abang guide tu buang dia boleh buat rilex tanya kenapa kenapa haha.. Elok benda alah tu naik makin atas baru dia buang Ya Allah menakutkan!!!



Chayok2, sikit je lagi!



Yang berasap kat belakang tu sebenarnya depa semua tengah masak. Nasi + sardin + telur goreng + air masak



So ini hasil yang akak2 kelana kita buat. Nampak menyelerakan tak? Hihi 



Dah habis budak2 tu masak kami jadi juri pulak untuk hidangan tu semua, macam2 rasa ada haha kenyang jugak lah jadi juri ni. 



Masa untuk turun balik ke camp site.



Petang tu xdak aktiviti so kita nikmati jela pemandangan yang indah dari puncak ni.  Best je environtment kat atas ni, tenang gila! Petang tu jugak budak2 boleh terjun dalam swimming pool yang memang dah disediakan kat situ. Seronok lah hampa ek.



Breathtaking scenery.



Dengan abang2 kelana pendang pulak. Selfie kemain la masa ni sebab petang tu scha dgn kawan2 yang lain balik dulu sebab ada hal2 yang tak dapat dielakkan. Peserta n yang lain semua balik pagi esok tu.



Dengan abang syahir yang baru sampai. 



Sukanya tengok pemandangan macam ni. Rasa takmau balik ja. 



Petang tu kami balik pukul 6.30 macan tu la, balik turun bawah naik kereta, tak sanggup dah nak guna tenaga sendiri haha. Naik kereta tu pn aku dah kantoi sebab yela jalan dia Z kot, memang pening gila. So terus tutup mata n tidur.

Dah sampai bawah tukar kereta, naik dengan abg syawal pulak untuk balik naka, aku dengan ilah tak cakap sepatah dah, letih yang amat sangat so terus tido sampaila bila terjaga ja dah nampak rumah. Haha tu jelah cerita pasal gunung jerai ni. Next time walaupun fikir panjang jugak untuk p lagi tapi memang nak p jugak haha yelah grab semua chances yg ada, baru banyak experience kan. Jumpa lagi!








Isnin, 6 April 2015

REUNION 6CEMERLANG SK NAKA

Pheww after 5 years! Baru boleh jumpa balik semua.. Ada la 2,3 orang yg dah selalu jumpa sebab satu skolah tp kebanyakannya semua dah lama tak jumpa sebab masing2 sekolah jauh2.. Rindunyaaaa kat kenangan sekolah rendah dulu.. Jangan kata sekolah rendah, sekolah menengah pn dah start rindu ni. Sobs

Yang paling penting, thanks to afikah yang sponsor and sediakan tempat untuk reunion, reunion ni dibuat kat Chalet Bayu Naka kepunyaan afikah hee so senang cerita. Dan thanks jugak utk nadia yg banyak tolong, muaz n semua lah untuk memastikan reunion kali ni dijalankan dengan jayanya. 

Behind the scene. Best sangat tempat ni, sangat tenang dan tanpa gangguan. 

Kawan2 waktu darjah 6. Aku tengok semua takdak perubahan, sama ja macam aku tengok 5 tahun dulu. Haha. Cuma makin lawaa noh semua. Hihi

Buat bbq reunion kali ni so boleh la santai2 dengan mmber kan sambil2. 

Sambil2 dok menyembang boleh naik atv ni kat area chalet ni. Memang disediakan kat sini. 

Ok ni bestfriend masa sekolah rendah. Dulu kan sek rendah macam geng2 sikit so nilah geng scha haha. Ada 2 orang tak mai so masih tak lengkap lagi. Yang paling hujung tu bestfriend sampai sekarang n sampai bila2 insyaAllah. My darling hanim. 

Tukaq turn. Tadi turn ladies kini giliran the gentlemen pulak untuk jaga ayam. Ha tapi tula, kawan2 perempuan semua tak nampak perubahan sgt, tp kawan2 lelaki memang berubah habis laa.

Naik buggy pusing2 kampung. Haha habis semua orang kampung tengok, tapi memang best laa, dengan environment fresh kat kampung pulak, mmg seronok! Masa ni tengah tunggu ayam kot, dah lambat sgt kami pn p lah jalan2 dulu. Hee

Ok muka effect lightning terlebih. Haha. Seronok dapat santai2 macam ni, relax ja..

Budak2 ni excited, dah macam kanak2 ribena dah aku tengok haha. 

Ni lah yang memeriah reunion kali ni! Thanks semua yang boleh luangkan masa untuk lepak2 bersama. Nanti beberapa tahun akan datang kita buat lagi k. Best dapat jumpa semua, dah la semua result spm meletop kemain. 

So all the best lah untuk semua. Lepasni masing2 akan teruskan perjalanan kat peringkat yang lebih tinggi pulak kan. Jumpa lagi nanti! Xoxo! 


Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut tentang Chalet Bayu Naka ni boleh contact nombor yang tertera di bawah ;)
013 5060 585 (Abdullah)
019 560 1122 (Nor Siha)
Facebook : https://www.facebook.com/Chalet-BAYU-NAKA-667085143332298/?fref=ts (Chalet Bayu Naka)

Ahad, 15 Mac 2015

LANGKAWI WITH YAYASAN SULTANAH BAHIYAH (YSB)


Wehee baru pulang dari oversea! Haha. Thanks Yayasan Sultanah Bahiyah (Ysb) yg masih hargai kami bawak p holiday kat Langkawi for 3 days hee. Menarik jugak lah cuti aku berbanding duk umah saja je kan ekeke. 

Actually yg boleh p ni sebab Upsr tahun 2009 dulu. Hehe waktu sekolah rendah dulu sekolah aku mcm anak angkat ysb lah then sapa yg dapat 5a tahun tu dapat lah p. Hehe p holiday plak dgn kawan waktu sekolah rendah dulu mmg fun lah. Memang tiap tahun ysb buat mcm tu, geng2 5A tu akan joib program ni lepas result hehe.

Lepas awal2 sampai tu p tempat ni nama apa tah yg ada kapal RV DISCOVERY UMT punya tu. Quite fun lah kat sini bole masuk kapal tu ala feeling2 titanic sikit haha. Yg kagumnya Kapten kapal ni perempuan kot dah la muda lagi. Fuhh hebat. Go ladiess! 



Interprem sikit


Lepas ja p kapal tu tak g mana2 dah terus check in homestay. Homestay tu kat Taman Wawasan Indah, Ulu Melaka and memang cukup selesa lahh kat situ!
Ni lah rumah tu!



Sempat lagi tgk Teman Lelaki Upahan. Hihi



Esoknya pagi2 terus ke Langkawi Geopark. Last aku mai Langkawi waktu sekolah rendah kot haha waktu tak tau apa2 lagi. Kali ni baru la bole menghayati keindahan Langkawi aka Permata Kedah betul2 hehe. 



Nak sampai kat Gua Kelawar ni pakai bot laju. Pencinta nature boleh lah mai sini. Highly recommended! 



Fadhilah n Tumi. 



Bole tengok semua batman tgh tidur waktu ni. 



Best gila naik benda ni haha. Dengaq bunyi air semua aih heaven! 




Pakcik tu tengah main2 ikan pari nama dia Adam dengan Husin. Kata pakcik ni, "anak-anak, ikan pari tidak membunuh anak-anak. Bahkan dia sejenis ikan yang tidak bergigi anak2. Hanya kerana 1 kesalahannya di Australia sana, satu dunia mengenali ikan pari sebagai ikan pembunuh anak2. Itu tidak betul sama sekali tgk sini anak2, ikan pari amat suka bila dibelai oleh manusia2 n bla3" haha semangat betul pakcik tu cakap..



Semua kusyuk tengok ikan sumpit.



Cantik kan?



Kilim Geoforest Park.



Wit dilah. Best friend dari 4 tahun mengaji kat pasti sampai la darjah 6. Then masing2 bawak haluan sendiri. Aku form 1 sekolah kt smk dato syed ahmad , dilah pulak mrsm pendang. Pastu form 2 aku pindah smk naka, form 4 dilah pindah mrsm pengkalan chepa. Camtu lah cerita dia. 



Lepas habis 2hours something kat Langkawi geopark kami terus ke Galeria Perdana. Kat sini sat ja. 



Masterpiece.



Handsome kan Tun Mahathir kita? Forever will be my idol. One of the best leader in the world.



Lepas kat sini kami terus ke Langkawi Cable Car. Tempat wajib lah kan, tak complete lah kalau mai Langkawi tak ke sini kan.


So peaceful n calm.



Lanje sikit. 






Tak sempat p langkawi sky bridge yang ada lantai cermin kaca tu sebab tak banyak masa kat sini. Maklum la p dengan orang ja huu. 



Menarilah dan terus tertawa~~



Ni sebenarnya nak bagi hilang cuak. Haha seram sejuk jugak la waktu nak turun , curam gila kot. Memang tak pusing belakang langsung la kan haha.. 



Tired but happy. Ayat penutup essay bo sekolah rendah dulu.



White sandy beaches wit crystal clear water thats why i love Malaysia!



Tunggu tengok tumi naik ni. Best gilaa teringin nak buat tp x berani haha takpa2 next time oke abg pantai yang sado yg kemain promote haritu.



Malam2 kita buat log book pulak.






Hari ketiga. Dah nak balik dah. Mood merah sikit harini. Kuikui. 



Masa tunggu bas nakp Langkawi Tourism Academy. 



Jadi chef harini buat chicken chop. 



So nilah hasilnya. 60% siap hee



Wit my housemates. Depa ni kemain rajin dok main masak2 kat dapur haha. 



Sampai disini saja percutian saya selepas result spm. Thanks YSB! Btw nakp LIMA :(








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...