Hampir terlupa dah aku ada blog ni. Selalu online sehari tak sampai sejam pon, malas la nak update ape2, takdek mood nak menulis. Oh sebelum tu, Happy Birthday to my BFF! NorFadhilah bt Idruss. Happy Birthdayy kawann. Iloveyouuu :) K sambung balik, dah 2bulan dah berlalu kan. ni PKSM 1 pon dah hampir tiba. 28Feb ni. Chaiyok chaiyok!
Hari ni aku malas nak update cerita2 apa pon. Cuma nak tayang gambar kat skolah je. Hehe.. Serious takde idea nak tulih ape ni, haihh ape dah jadi..
kawan2 yang gila2. Umiee, Anis, Huda Eyra
Kawan2 Thai aku. Chincira yang sangat omey dan Phen
Buruk kan kelas. kehkeh
last but not least, gambar kelas tahun lepas. 2Gemilangg. Koranglah kawan aku dunia akhiratt ;)
Semua gambar aku kat atas msti kepala senget. Haha aku pon xtau kenapa. Tapi bile tgk balik gambar aku banyak mcm tu. Ehehe
Salam Maulidur Rasul semua.. Ingat lagi kalau skolah rendah dulu, berarak sambil selawat tu.. Masa tu, ada pemenang untuk selawat paling kuat and pakaian seragam.. Bukan main semangat lagi masa tu.. Dulu skolah rendah jugak, selalu join nasyid lagu ni.. Penuh semangat masa tu.. Tapi skarang ni dah kurang join benda mcm tu.. Haihh.. huhu..
Perbayakkanlah selawat keatas Baginda.. Jangan terlalu mengejar dunia.. Perkara ni dianggap remeh ja.. Amalan itu lah yg akan menolong kita diakhirat kelak.. Peringatan untuk diri sendiri juga :')
Scha sangat suka lirik lagu THE CHOSEN ONE - Maher Zain. Pernah dengar tak? Best kan lirik dia.. Melodi dia.. Cer tengok kat bawah ni..
In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah
You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu, Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar, dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.. Uthman menghela nafas panjang.. Ali menundukkan kepalanya… Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba… Rasulullah akan meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu.
Begitulah saat-saat akhir manusia agung, jiwanya dipenuhi rasa kasih pada ummatnya.. Setiap detik hayatnya adalah untuk ummatnya.. Setiap kepayahannya adalah untuk keselamatan ummatnya.. Setiap jerih perit kehidupannya adalah untuk cahaya keimanan ini terus tersebar menyinari hidup ummatnya.. Sejarahnya adalah sejarah petunjuk dan kasih sayang.. Kasih sayang yang tiada ukurannya, untuk kita ummatnya..
Sabda Rasulullah S.A.W :
" Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai aku melebihi dirinya, ibu bapanya, dan manusia seluruhnya.. "
berlalu waktu berlalu sepi menghantar kembali padaMu bersimpuh aku bersimpuh dalam lelah hati memohon padaMu
di pintu kasihMu hati kan mengadu di dalam gelapku memohon ampunMu kasihani aku terangi jiwaku sinari hidupku
dan berharap belas kasih dan berharap maaf untuk segala salah dan dosa dari hitam di langkahku semoga engkau beri setitik cahaya terang sebelum masa hilang dari pandangan
"... Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilai lah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.. "
Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU..
- Petikan khutbah terakhir Rasulullah SAW.