Isnin, 31 Disember 2012

Hm..

31.12.2012 merupakan hari yang sangat menyedihkan bagi saya.. 

Khamis, 20 Disember 2012

Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. Syukur sangat2.. Wuwuu 7a1b for pmr. Scha tak sangka pun sebenarnya. Tapi agak kecewa la math still tak dapat A jugak.. Takpela , memang tak target pun math. Sebab setiap kali exam sepanjang tahun ni dapat D je. Haha.. 



Masa trial PMR aritu, Scha dapat 1a,4b,2c,1d. Haha see, suma scha kutip. Tapi lepas trial tu je scha betul2 'study'. Sepanjang tahun ni hampeh je. Study gitu2 je. Lepass trial tu baru la 'oo,senang je rupanya' , 'laa, kalau study dari awal pn dah boleh' .. Haha macam2 la. Tapi takpela, jadikan pengajaran oke scha! Tahun depan mula dari awal. Ekeke. Apa2 pun syukur alhamdulillah. Dapat 7a ni pun scha dah hepi sgt! 

Selasa, 18 Disember 2012

PMR

Guess wut? aku baru nak update pasal pmr, esok dah nak amek result dah! Hahaha. Wuwuuu agak cuak la, tapi watlek watpeace watcool je. Haha.. Takpe la, scha dah ready, aku terima je dgn hati yang terbuka ape pn keputusan tu. Cehhh.


Haa berbalik pada pmr, takde ape nak citer pun sebab dah terlambat. Kuikui. Cuma nak share gambar masa tgh jawab pmr ni jelah. Credit tu cikgu ape tah, lupa dah nama. Ekeke. 



Aku memang ada dalam gambar kat atas, sape jumpa memang hebat! Ngee. Itu saja. Harap2 dapat keputusan yang elok besok.. Agak tekanan la bila semorang beharap sgt.. Aku ni bukan budak pandai pn.. Jangan la harap sgt.. Wuwuu T___T Good luck untuk korang jugak! Semoga dapat result yang cemerlang! 


xoxo,S,publish! Ahakks

Isnin, 10 Disember 2012

Last day @school 2012

Last day kat sekolah pun baru nak update hari ni. See. Betapa malasnya aku. kuikui. Lepas pmr de banyak aktiviti , tapi yang sedihnya aku kejap pegi kejap tak. ahaha biasa ah tu. Nak baik sangat pn tak boleh, tak remaja lah. wkwkwk. Yang pegi pon sebab semangat nak lepak dengan kengkawan. ahaha so jom tengok gambo jelah ek. 



Nampak hamper tu? Hahaha. Sangat lawak okay. Citer nya begini, masa kem pasca pmr tu, kitorang kena buat khemah A shape tu. Okay lah, lepas dah siap naik sumer kena hias. Geng2 aku sumer malas2. ahaha. Kitorang langsung tak hias mende, asal siap berdiri je. Tapi sangat kukuh ok! haha. Geng lain beria ia lah hias khemah memasing dan nampaknya sumer idea kitorang pun diorang sumer dah buat, so spoil ah. Senang2 tak buat langsung. wkwkwkwk


Yang kelakar nye, dalam minggu last sekolah tu, adalah penyampaian hadiah untuk sumer aktvt pas pmr ni. Cikgu pun umum hadiah bg kategori khemah tercantik. And u know whattttttt??? Cikgu panggil tempat ke9 dimenangi oleh kumpulan Shah nur aryana bt shah jahan. Ahaha terkejut mak! Dah la nama aku jugak cikgu panggil. haha malu2. Yang bestnye bagi masa perhimpunan rasmi pulak tu! kahkah. Entah pa la cikgu yahya (cikgu pengakap kami) kata bila tau mcm ni. Pengakap sejati lah sgt. hahaha. Cikgu jangan salah faham, aritu je kami malas.. haha kelakar seyhh.. Tempat ke9 kot.. wkwkwk.. Pastu kami pun terima dengan jati yang tabah dan makan lah makanan dalam hamper tuu~



So inilah muka bahagia bila dapat tempat ke9 ok! haha..



Untuk mengubat kekecewaan tu, kami pun pegi lah photoshoot kat tengah2 padang sekolah.. Hihi. Terus hilang kesedihan tadi tu. sedih la sangatt.. hihi. Meet ma buddyz ; Ilah, hanim, anis, mimi, eyra, umi. Dan tak lupa jugak kat dua orang adik2ku dari form 2, Mellisa n Tyrah. haha. Tgk pic yang besar tu, melisa yang pakai baju blue black tu and atirah yang pakai baju kuning sambil buat peace tu. Hehe. Untuk huda, sorry la takde gambo, sape suruh tak p skolah. BOO! hihi



Destinasi seterusnya ; DEWAN.. Pegi men carom. Cuma tinggal yang ni jela, yang lain dah balik abis. Maka dengan berakhirnya gambar tadi, berakhirlah entri kali ni.. *macam hape je ayat. wkwkwk. Jupe lagi okeh! 


Xoxo,S,publish! Ahakz ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...