Agak penat sebenarnya sebab sebelum tu 5&6 Dis scha terlibat dengan Istiadat Penganugerahan Sijil Pengakap Raja di Istana Anak Bukit,Kedah yang scha ada update kat entri INI. Lepastu sambung pulak jalan2 makan angin dengan classmate ke Sakom Beach,Thailand pada 7&8 Dis. Nak tau cerita yang tu pun boleh baca kat SINI. Balik2 tu rehat sehari sambung pulak 10 Dis ke xpdc ni. Phewww.
Tiba di Terminal Amanjaya selepas lebih kurang 4 jam perjalanan.
Tak semua pn ni dalam gambar. Sebab ada yang join dekat Ipoh, ada yang tunggu dekat KL. Yang dekat Ipohnya Leman & Kak Tiah. Dan yang paling sedih sekali cardigan kesayangan yang banyak berjasa yang aku pegang tu tertinggal kat sini T_T Beberapa jam diambil untuk move on T_T
Kat Ipoh ni, kami bermalam kat STAR. Dari Terminal Amanjaya amik bas sampai stesen bas lepastu amik Teksi sampai lah ke STAR ni. Dah sampai pun agak petang dah so petang tu cuma lepak2 kat homestay sajaa ;)
Tiba di Homestay dekat STAR!
Muka-muka excited.
Petangnya mereka beriadah dan kami pula berehat scroll handphone haha!
Jalan2 cari makann~
Itu saja laporan hari pertama xpdc kami. Malam tu semua tidur lena walaupun ada sedikit 'gangguan'. Jumpa di hari berikutnya guys!!
0 Dah komen.. Anda?: