Isnin, 16 Januari 2012

Review Novel : TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH. Bestt!



Ingat lagi entri aku pasal novel tu.Cer klik SINI ! Kalau korang tengok balik entri tu pon, mesti perasan yg novel2 tu novel2 lama.. Yeah tu semua yang sama. Kalau campur lagi baru, laaagii banyak! Ehehe.. tu blom campur lagi yang mana pinjam tak bagi balik. YG mak long aku kat penang tu pinjam, pastu dok buat koleksi sendiri pulak.. Amboi banyak canteekk! Lasi satu yg pinjam, jenis yang lipat2 tu. haishh.. kawan2 kat skolah slalu la pinjam. Aku bagi punya lawa, siap dengan pembalut. Tapi dorang bagi balik, pembalut tu pn dah lunyai. Haishh tah brape tangan dah pegang buku tu.. Sabaw je laa.. 

Macam yg AmanWan cerita NI. Tapi aku takla macam tu sangat. Cool jee.. Hoho



Ok dah lari topic pulak. Sebenarnya ni ha, aku nak cerita pasal Novel ni. Tuan Rumah Pembantu Rumah. Korang dah baca belum? scha beli dah lama, tapi baru berkesempatan nak baca smalam. Ingat nak baca sikit ja. Tapi best pulak, takleh benti. Tak sabaq nak tau ending. ehehe.. Last2 habis jugak la novel ni.. Serious memang best. Cerita dy lebih kurang MAID jugak. Dua2 best. Tak rugi punyerla kalau beli okehh.. 



Cantik kan cover? Cooooool~

Now jom layan sinopsis nya pulak ~

"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?




Menarik kann.. Now jom layan sinopsis versi aku pulak. Novel ni tentang ASHA dengan EMIR.. dua2 nya anak orang kaya. Tapi si ASHA ni pulak baru tau yang tunangnya , Taufeeq curang. Pastu dye pon lari la dari rumah, pegi la jadik maid kat umah si Emir tu. Yg emir tu pulak suke kacau dye.. Dy gelar Emir tu, XIAH CELUP. bab ada yang artis korea tu, muka diiorang sama lah kan.. Thennnn, si EMIR ni pulak ingat ASHA ni jenis lurus bendol tu, tak reti bahasa inggeris. Tapi sebenarnya Asha ni head chef dekat hotel family dia.. So memang la tau banyak bahasa kan. Haa lupa cakap, EMIR ni doktor.. 


Novel ni tak banyak krisis sangat. Biasa2 ja. Mood aku baca novel ni pon cool jee. Selalu nya ada yang macam2 masalah tu. Haish pening jugak baca. Tapi best. Haha.. Jangan risau, Happy ending punyaaa.. Tal leh cerita lebih2, korang nak tau baca sendiri la.. Ehehee, tak rugi kalau belii.. 


Itu saja untuk hari ni. Nanti scha share novel2 yang lain pulak ehh.. Babai, Nak study! Eh sebelum tu, klik SINI jap! 


"She's my maid. Not yours.."


22 Dah komen.. Anda?:

naUrah_naOmei berkata...

mau baca!! pos please..kekekeke

Scha Lalala berkata...

@naUrah_naOmei hehee skarang pon novel ni dah ada kat kawan dah ^^V

nureenina berkata...

huhu~geram kan bila kita penat2 jaga novel tu..org lain baca sampai lenyai..haisyh~~heeeheee :)

Scha Lalala berkata...

@nureeninahaa betol tu.. nak cakap ape lagi.. huhu ^^V

Ezy Chiaki berkata...

dh bace dh novel ni..
mmg nest sgt!
=)

Kakiwayang berkata...

pergh..ni mesti rajin gila baca novel ni...hoho..

shera haifa berkata...

macam best.. nk kene beli nie.. hehe guna vaucer 200 yg dpt tu..

Model Busana Muslim Murah berkata...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

Scha Lalala berkata...

@Kakiwayang hehee memang pon. rajenn sangatt! ^^v

Scha Lalala berkata...

@shera haifa hehee mmg best. Haa a'ah kann ^^V

Scha Lalala berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hyun Hyana berkata...

ceta nih bes kowt.. suka2 <3

NadyaBubble berkata...

dah bace dah novel tu. best sgt :D

psstt, kite dtg follow sini :)

Lur've Huda berkata...

skng novel aq kat ang kn???
SELAMAT MEMBACA!!!!
SYOK GILA NOVEL 1...
jgn bca smbil terg0lek plk...
|hehehe|

Scha Lalala berkata...

@Lur've Huda yeah aku yang kau tinggalkan ada kat aku. dont worry dah siap balut tau. ngeh3

Orkid Edyliyne berkata...

thanks dear atas review-nye...
OE baru jumpe review nie... hehe...
OE ambil linknye ye untuk letakkan dalam blog OE... ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...