Pheww after 5 years! Baru boleh jumpa balik semua.. Ada la 2,3 orang yg dah selalu jumpa sebab satu skolah tp kebanyakannya semua dah lama tak jumpa sebab masing2 sekolah jauh2.. Rindunyaaaa kat kenangan sekolah rendah dulu.. Jangan kata sekolah rendah, sekolah menengah pn dah start rindu ni. Sobs
Yang paling penting, thanks to afikah yang sponsor and sediakan tempat untuk reunion, reunion ni dibuat kat Chalet Bayu Naka kepunyaan afikah hee so senang cerita. Dan thanks jugak utk nadia yg banyak tolong, muaz n semua lah untuk memastikan reunion kali ni dijalankan dengan jayanya.
Behind the scene. Best sangat tempat ni, sangat tenang dan tanpa gangguan.
Kawan2 waktu darjah 6. Aku tengok semua takdak perubahan, sama ja macam aku tengok 5 tahun dulu. Haha. Cuma makin lawaa noh semua. Hihi
Buat bbq reunion kali ni so boleh la santai2 dengan mmber kan sambil2.
Sambil2 dok menyembang boleh naik atv ni kat area chalet ni. Memang disediakan kat sini.
Ok ni bestfriend masa sekolah rendah. Dulu kan sek rendah macam geng2 sikit so nilah geng scha haha. Ada 2 orang tak mai so masih tak lengkap lagi. Yang paling hujung tu bestfriend sampai sekarang n sampai bila2 insyaAllah. My darling hanim.
Tukaq turn. Tadi turn ladies kini giliran the gentlemen pulak untuk jaga ayam. Ha tapi tula, kawan2 perempuan semua tak nampak perubahan sgt, tp kawan2 lelaki memang berubah habis laa.
Naik buggy pusing2 kampung. Haha habis semua orang kampung tengok, tapi memang best laa, dengan environment fresh kat kampung pulak, mmg seronok! Masa ni tengah tunggu ayam kot, dah lambat sgt kami pn p lah jalan2 dulu. Hee
Ok muka effect lightning terlebih. Haha. Seronok dapat santai2 macam ni, relax ja..
Budak2 ni excited, dah macam kanak2 ribena dah aku tengok haha.
Ni lah yang memeriah reunion kali ni! Thanks semua yang boleh luangkan masa untuk lepak2 bersama. Nanti beberapa tahun akan datang kita buat lagi k. Best dapat jumpa semua, dah la semua result spm meletop kemain.
So all the best lah untuk semua. Lepasni masing2 akan teruskan perjalanan kat peringkat yang lebih tinggi pulak kan. Jumpa lagi nanti! Xoxo!
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut tentang Chalet Bayu Naka ni boleh contact nombor yang tertera di bawah ;)
013 5060 585 (Abdullah)
019 560 1122 (Nor Siha)
Facebook : https://www.facebook.com/Chalet-BAYU-NAKA-667085143332298/?fref=ts (Chalet Bayu Naka)
5 Dah komen.. Anda?:
bestnya jumpa balik kawan skola rendah! saya pun dh lupe siapa classmate saya time skola rendah dulu xD
hye scha assalamualaikum
salam kenal dari ayumie
ye mmg cantekk blog awk tauu
done follow sini ye
jemput la kalau sudi
http://hidayuayumie.blogspot.com/
#sahabatblogger
@Mazni Munawar haha dah lama tinggal kan.. best la jugak
@hidayu ayumie hi ayumie thanks singgah hehe
Ada website tempat Ni ?