Jumaat, 27 Januari 2012

Sempurnakan hidup kita dengan ZIKRULLAH..



:)

blablabla : pstt, korang semua dah tgk ni belum? Bestt! KLIK

Rabu, 25 Januari 2012

Bicara Hati

Yeahh sape dah baca novel Bicara Hati? Syokk gila kan. Dah banyak kali khatam novel tu, siap boleh hafal dah jalan cerita dia. Tapi sekarang, ada lah manusia yang tak bertanggungjawab. pinjam, tapi tak pulangkan balik. haishh sape pn xtau lah. Sebab banyak orang selalu pinjam. lagipon novel tu dah lama kan. Dulu tak sabar2 tunggu dorang nak adaptasikan. Sekarang kan dah tayang kat Astro Prima. Setiap Hari Selasa jam 9 malam. Jangan lupa tengok ;) 

  

Pelakon utama Bicara Hati.

Ni cover dia yang baru. Novel pertama Damya Hanna kot. Kan? Scha suka baca novel2 dia. Semuaaa best2. Sekarang ni kan ada sekali je seminggu. Puas jugak lah nak tunggu episod seterusnya. Buat orang tak sabar je. Now jugak ada Gemersik Kalbu kan kat TV3. Tu pon best jugak, Tapi lagi best bicara Hati! 


Sekarang ni memang dah banyak buat Drama or filem dari Novel2 kan. Dah takde modal kot. Tapi takpe, scha suka. Haha.. Memang la slalunya novel best lagi. Dah lebih terperinci kan. Nak buat drama, mestila amek sikit2 je. Anyway Thanks Osman Ali! Hewhew. .


Sinopsis drama Bicara Hati, Astro Prima
Bicara Hati adalah tentang kisah Tengku Syahran dan Zahlia bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?



Memang wajib tonton ni! Sekarang dah episod 4. Drama ni 26 Episod kalau tak silap. Sharnaz Ahmad dan Christina Suzanne sebagai pelakon utama. Mula2 macam tak best je pelakon dia. Tapi bila dah tengok, best pulak. Kena watak dua2 orang tu. Tapii kan, watak Tengku Syahran dalam novel sepatutnya laagi handsome dari pelakon ni. Tapi sharnaz pon dah cukup handsomee. Hewhew


Ost Bicara Hati dari Lena pon best jugak! Scha sukeee sangat lagu tu. Sekarang pon tengah dengar ni. Suke suara Lena, serak2 basah gitu. Sedap lagu tu dengan suara dia. Cer dengar kat bawah ni.


Lirik :
Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setiap rinduku nyata pada mu
Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku
Chorus:
Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu


Best kan? So jangan lupa tengok episod seterusnya. Winkwink ;)

blablabla : Homework dah panggil..

Isnin, 23 Januari 2012

Happy Birthday To Youu !

Tiap hari check Fb, ternampak pulak birthday kak NurulBadiah rupanya hari ni. Kak nurul sangat baik, peramah, tak sombong pulak tu. Kan kan? Suka cara dia bercakap. Lawyer lah katakan.. Hehee.. Dah wish kat fb, tapi nak wish kat sini jugak. One of my favourite blogger.  Hewhew. 


she's sooo beautiful + gojes ritee?

Dear sis Nurul Badiah,
Happy Birthday to you! May ALLAH bless u sis. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.. May today be filled with smiles, laughter and love :) Hope you have a birthday as awesome as you are :)

Isnin, 16 Januari 2012

Review Novel : TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH. Bestt!



Ingat lagi entri aku pasal novel tu.Cer klik SINI ! Kalau korang tengok balik entri tu pon, mesti perasan yg novel2 tu novel2 lama.. Yeah tu semua yang sama. Kalau campur lagi baru, laaagii banyak! Ehehe.. tu blom campur lagi yang mana pinjam tak bagi balik. YG mak long aku kat penang tu pinjam, pastu dok buat koleksi sendiri pulak.. Amboi banyak canteekk! Lasi satu yg pinjam, jenis yang lipat2 tu. haishh.. kawan2 kat skolah slalu la pinjam. Aku bagi punya lawa, siap dengan pembalut. Tapi dorang bagi balik, pembalut tu pn dah lunyai. Haishh tah brape tangan dah pegang buku tu.. Sabaw je laa.. 

Macam yg AmanWan cerita NI. Tapi aku takla macam tu sangat. Cool jee.. Hoho



Ok dah lari topic pulak. Sebenarnya ni ha, aku nak cerita pasal Novel ni. Tuan Rumah Pembantu Rumah. Korang dah baca belum? scha beli dah lama, tapi baru berkesempatan nak baca smalam. Ingat nak baca sikit ja. Tapi best pulak, takleh benti. Tak sabaq nak tau ending. ehehe.. Last2 habis jugak la novel ni.. Serious memang best. Cerita dy lebih kurang MAID jugak. Dua2 best. Tak rugi punyerla kalau beli okehh.. 



Cantik kan cover? Cooooool~

Now jom layan sinopsis nya pulak ~

"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?




Menarik kann.. Now jom layan sinopsis versi aku pulak. Novel ni tentang ASHA dengan EMIR.. dua2 nya anak orang kaya. Tapi si ASHA ni pulak baru tau yang tunangnya , Taufeeq curang. Pastu dye pon lari la dari rumah, pegi la jadik maid kat umah si Emir tu. Yg emir tu pulak suke kacau dye.. Dy gelar Emir tu, XIAH CELUP. bab ada yang artis korea tu, muka diiorang sama lah kan.. Thennnn, si EMIR ni pulak ingat ASHA ni jenis lurus bendol tu, tak reti bahasa inggeris. Tapi sebenarnya Asha ni head chef dekat hotel family dia.. So memang la tau banyak bahasa kan. Haa lupa cakap, EMIR ni doktor.. 


Novel ni tak banyak krisis sangat. Biasa2 ja. Mood aku baca novel ni pon cool jee. Selalu nya ada yang macam2 masalah tu. Haish pening jugak baca. Tapi best. Haha.. Jangan risau, Happy ending punyaaa.. Tal leh cerita lebih2, korang nak tau baca sendiri la.. Ehehee, tak rugi kalau belii.. 


Itu saja untuk hari ni. Nanti scha share novel2 yang lain pulak ehh.. Babai, Nak study! Eh sebelum tu, klik SINI jap! 


"She's my maid. Not yours.."


Ahad, 15 Januari 2012

JOM EXCHANGE BLOGLIST

Yeah bestnyee ahad cuti! Kalau tak, hari ni nak kena berdiri dekat perhimpunan. Dah la lama.. ekeke.. So untuk hari ni, terfikir pulak nak kemaskan blog. Bloglist pon ada sikit ja. Ada sape2 nak tukar tak? Maknanya, scha letak link awak kat bloglist scha, awak pon buat benda yang sama. Tapi dekat main page tau. Senang je.. Sape2 pon bole, tapi kalau boleh jangan la yang update sebulan sekali tu.. hehe

Kalau nak, just komen kat bawah ni je k. Pastu siap. Senang la scha nak singgah nanti kan. Lagi banyak lagi bagus. Hee.. 

Sabtu, 14 Januari 2012

Meet my Sweethearts ! Penawar dukaku~




Haha ampunn..

Sape2 kat sini yang sukakan haiwan? Scha salah sorang nye. Sebagai seorang pengakap, ecehh. Undang2 pengakap yang ke 6 ialah kasihkan binatang. Kat rumah scha ade macam2 haiwan dah. kalau kat kampung ni, dah mcm mini zoo da. petang2 budak2 main main2 kat sini. Huhuu. Haiwan2 tu seperti dibawahh.. Jeng jeng jengg ..




Hee, abah scha punye status. Scha tolong gitu2 je, abah la lah orang nombor satu nye. Dye memang sangat2 sukekan benda2 cmni.. Ingat lagi haritu burung tiong meninggal dunia.. sobss sobss.. masa tu kitorang semua keluar, balik2 tengok badan dah panas.. waa, sedih gilee.. Mata abah pon dah merah dah.. sobss.. Tapi dah lama dah, 2010 kalau tak silap.. 


Lepas tu, korang ingat lagi pada kelisa NI. scha penah buat entri tentang tu. 



Kelisa ni pon dah arwah sebenarnya.. Cerita dy macam ni.. Kelisa ni dah besar dah, aquarium tu pon dah kecik bagi dy, so memang tak selesa lah kat dalam tu. Nak beli tank baru pulak, masa tu takde bajet lagi. So kitorang letak dy kat dalam kolam kat luar. Memang sementara je lah, sementara tunggu tank baru tu. Tapi satu hari tu, semua tengah makan. Pastu bila dah sudah, abah pegi la tengok ikan tu. Tengok2 dy dah ada kat luar. Rasanya memang dah lama dah sebab lendir2 pon dah hilang. Hari tu pulak panas.. Dah letak dawai2 semua dah kat atas tu, tapi dy rempuh jugak.. Habis calar badan dy.. Kitorang buat cpr lah.. hehee nak tengok? Bawah ni









Hehe.. Tak menjadi pon. Agaknya sebab dah lama dy kat luar tu.. Cian dy.. Hilang lagi sorang boyfrenz aku.. 


Dan sekarang ni lak, ayah aku buat sangkar baru pulak. memang besar la, burung2 tu pon bebas beterbangan kat dalam tu. ekeke


Banyak lagi gambar, tapi loading lambat lak nak tunggu. Sikit2 je la.. ada banyak gak burung lam ni.. Now jom tengok ahli2 nyaa~






My budgies dan seniornya. Australian cockatiel.


Ni gambar yang paaaaling aku SUKA!

Habis bab tu.. Arnab pulak. Ada 3ekor sekarang.. Haa baru ingat hari tu baru dapat baby 2 ekor. Hehee comeyy gilee.. Tak sempat nak amek gambar lagi. Nanti pulak aku share bab tu. Kita beralih pulak padaa kucinggg~ Ngeh3. Anak2 kucing ja ada kat rumah skarang ni. Namanya kikiee. Superb comel. Suke tengok dy..












Dah la tu.. Sebenarnya ada lagi.. Ikan air laut.. Macam dalam finding nemo lah. Ada nemo, ada blue tang. Yellow tang.. Gambar lama je lah aku letak, xdan nak snap gambar baru. hehee





Susah gak nak setting benda ni.. Nak pastikan garam dy cukup.. Suhu dy pon cukup sejuk.. Siap ada aircond untuk dy lagi.. 




tu semua mesin2 untuk tank air laut tu lah.. yang ni aku satu pon xfaham.. tukang bagi makan je. ngeh3. 

Heee terpanjang pulak entri ni. Nanti aku share lagi. Byebyeee


blablabla : Today i dont feel like doin anyhing ~




Jumaat, 13 Januari 2012

Entri Jumaat : ASMA UL-HUSNA. MAKNA DAN KEGUNAANNYA.

Selamat tengahari semua.. Jumaat kedua pada tahun ni. Jadi entri hari ni, jom tengok makna dan kegunaan Asma-Ul Husna.. kat sekolah masa waktu pendidikan islam selalu lah baca.. huhu.. jom la amalkan!

Nah, bukak video ni.. Tenang je dengar.. huhu :')





1. ALLAH
 "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi
selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang
besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2.  AR-RAHMAN - MAHA PEMURAH
"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,
maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup
akan hilang dengan izin Allah.

3.  AR-RAHIM - MAHA PENYAYANG
"Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah
kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa
cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. AL-MALIK - MAHA MERAJAI / PEMERINTAH
"Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah
tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan
mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. AL-QUDDUS - MAHA SUCI
"Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah
tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati
seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. AS-SALAM - MAHA PENYELAMAT
"Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani &
rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi
segar sihat & sejahtera.


7. AL-MU'MIN - MAHA PENGAMAN
"Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita,
keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari
segala macam gangguan yang merosakkan.

8. AL-MUHAYMIN - MAHA PELINDUNG / PENJAGA
"Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. AL-AZIZ - MAHA MULIA / PERKASA
"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh,
InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana
penuh kewibawaan.

10. AJ-JABBAR - MAHA PEMAKSA
"Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua
musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. AL-MUTAKABBIR - MAHA BESAR
 "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan
kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan
mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12. AL-KHALIQ - MAHA PENCIPTA
"Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah
yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan
memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13. AL-BARI' - MAHA PERANCANG
"Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang
sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita
akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14. AL-MUSAWWIR - MAHA MENJADIKAN RUPA BENTUK
Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai
anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari
Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air &
dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk
berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi
hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak,
bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang
soleh.

15. AL-GHAFFAR - MAHA PENGAMPUN
."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci)
bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat
Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16. AL-QAHHAR - MAHA MENUNDUKKAN
"Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati
kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah
orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. AL-WAHHAB - MAHA MEMBERI
"Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang
siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau
kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. AR-RAZZAQ - MAHA PEMBERI REZEKI
"Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya
solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa
berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan
ikhtiar yang zahir.

19. AL-FATTAH - MAHA PEMBUKA
"Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh,
InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima
nasihat agama.

20. AL-ALIM - MAHA MENGETAHUI
"Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat
Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. AL-QABID - MAHA PENYEMPIT HIDUP
"Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin
dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. AL-BASIT - MAHA PELAPANG HIDUP
 "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,
kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini
setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. AL-KHAFID - MAHA PENGHINA
 "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan
suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.
Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. AL-RAFI' - MAHA TINGGI
 "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70
x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di
tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. AL-MU'IZ - MAHA PEMBERI KEMULIAAN / KEMENANGAN
 "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan
memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau
perniagaan.

26. AL-MUTHIL - MAHA MERENDAHKAN
"Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada
orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si
penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. A-SAMI' - MAHA MENDENGAR
"Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga
kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan,
lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. AL-BASIR - MAHA MELIHAT
 "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat,
InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu
diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. AL-HAKAM - MAHA MENGHUKUM
"Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan
suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu
agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. AL-'ADLI - MAHA ADIL
"Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai
solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. AL-LATIF - MAHA HALUSI
"Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan
jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung
faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara
lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah
terpisah sekian lama.

32. AL-KHABIR - MAHA WASPADA

33. AL-HALIM - MAHA PENYANTUN
 "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi
mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa
saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau
diungkit-ungkit atau tergugat.

34. AL-'AZIM - MAHA AGONG
"Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang
sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca
12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan,
maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan &
sebagainya.

35. AL-GHAFUR - MAHA PENGAMPUN
"Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan
zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak
mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. ASH-SHAKUR - MAHA PENGAMPUN
"Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai
pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan
dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang
penting & terdesak.

37. AL-'ALIYY - MAHA TINGGI MARTABAT-NYA
"Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah
zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!)
lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,
InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak
dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. AL-KABIR - MAHA BESAR
 "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau
dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x
selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada
Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. AL-HAFIZ - MAHA PELINDUNG
 "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan
terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di
dalam hutan.

40. AL-MUQIT - MAHA PEMBERI KEPERLUAN
 "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika
sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan
bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan
menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. AL-HASIB - MAHA MENCUKUPI
 "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat,
amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat
Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang
gangguan.

42. AJ-JALIL - MAHA LUHUR
 "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam
yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan
- perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah
seterusnya dengan izin Allah.

43. AL-KARIM- MAHA MULIA
 "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia
mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika
hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang
mengamalkan zikir ini.

44. AR-RAQIB - MAHA PENGAWAS
"Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan
barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan
niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh
& sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya.
Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

45. AL-MUJIB - MAHA MENGABULKAN
 "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya
& agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan
zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan
mengabulkan doa kita.

46. AL-WASI' - MAHA LUAS PEMBERIANNYA
 "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak
128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat
pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan
akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. AL-HAKIM - MAHA BIJAKSANA
"Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan
zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar
didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya
300x setiap hari.

48. AL-WADUD - MAHA PENCIPTA
 "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam.
InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi
& rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. AL-MAJID - MAHA MULIA
 "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota
keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua
keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan
kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota
keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. AL-BA'ITH - MAHA MEMBANGKITKAN
 "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan
ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. ASH-SHAHID - MAHA MENYAKSIKAN
"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan
setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. AL-HAQQ - MAHA BENDAR
"Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah
sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. AL-WAKIL - MAHA BERSERAH
"Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat,
atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah
bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. AL-QAWIYY - MAHA MEMILIKI KEKUATAN
"Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar
apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. AL-MATINN - MAHA SEMPURNA KEKUATANNYA
"Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya
mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan
kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. AL-WALIYY - MAHA MELINDUNGI
"Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan,
maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana
dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang
gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. AL-HAMID - MAHA TERPUJI
"Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya
Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. AL-MUHSI - MAHA MENGHITUNG
 "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam
pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir
ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. AL-MUBDI' - MAHA MEMULAI / PEMULA
"Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka
zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

60. AL-MU'ID - MAHA MENGEMBALIKAN
"Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan
sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat.
InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. AL-MUHYI - MAHA MENGHIDUPKAN
"Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah
kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. AL-MUMIT - MAHA MEMATIKAN
 "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan
dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. AL-HAYY - MAHA HIDUP
 "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani
kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. AL-QAYYUM - MAHA BERDIRI DENGAN SENDIRINYA
"Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin
memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap
manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang
terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x
setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan,
Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. AL-WAJID - MAHA MENEMUKAN
 "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah
terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. AL-MAJID - MAHA MULIA
"Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk
menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir
ini setiap hari.

67. AL-WAHID - MAHA ESA
"Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat
ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali
selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga
hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. AS-SAMAD - MAHA DIPINTA
 "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup,
maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah,
diri akan berasa segar & sentiasa.

69. AL-QADIR - MAHA KUASA
"Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu
gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah
segala hajat akan berhasil.

70. AL-MUQTADIR - MAHA MENENTUKAN
"Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari
berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa
mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan
mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. AL-MUQADDIM - MAHA MENDAHULUKAN
"Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata
"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari,
InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. AL-MU'AKHKHIR - MAHA MELAMBAT-LAMBATKAN
"Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah,
perbanyakkanlah zikir ini.

73. AL='AWWAL - MAHA PEMULAAN
"Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x
setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. AL-'AKHIR - MAHA PENGHABISAN
"Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu
selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. AZ-ZAHIR - MAHA MENYATAKAN
"Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat
waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab
padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. AL-BATIN - MAHA TERSEMBUNYI
"Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x
sesudah solat fardhu.

77. AL-WALI - MAHA MENGUSAI URUSAN
"Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya
dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir
ini

78. AL-MUTA'ALI - MAHA SUCI / TIGGI
 "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang
berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah
zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita
akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. AL-BARR - MAHA BAGUS (SUMBER SEGALA KELEBIHAN) 
"Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. AT-TAWWAB - MAHA PENERIMA TAUBAT
"Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat
maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan
petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. AL-MUNTAQIM - MAHA PENYIKSA
 "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya
dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita
memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah,
kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. AL-'AFUWW - MAHA PEMAAF
"Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan
diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. AR-RA'UF - MAHA MENGASIHI
"Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman
atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu
samada pada waktu siang mahupun malam.

84. MALIK AL-MULK - MAHA PEMILIK KEKUASAAN
 "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin
kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu
mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada
setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. THUL-JALALI WAL-IKRAM - MAHA PEMILIK KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN
"Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap
hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan
pertolongan Allah.

86. AL-MUQSIT - MAHA MENGADILI
"Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang
mengamalkannya.

87. AL-JAMI' - MAHA MENGUMPULKAN
"Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita
yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada
setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan
izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang
singkat.

88. AL-GHANIYY - MAHA KAYA RAYA
"Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,
InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita
perolehi itu akan mendapat berkat.

89. AL-MUGHNI - MAHA PEMBERI KEKAYAAN
"Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia
& akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala
hajat kita akan tercapai.

90. AL-MANI' - MAHA MEMBELA / MENOLAK
 "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x
pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan
terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. AD-DARR - MAHA PEMBUAT BAHAYA
Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk
menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas
dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada
setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. AN-NAFI' - MAHA PEMBERI MANFAAT
"Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan
zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, &
bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


93. AN-NUR - MAHA PEMBERI CAHAYA
"Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa
yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan
baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah
selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. AL-HADI - MAHA MEMBERI PETUJUK
 "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat
tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah
akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. AL-BADI' - MAHA INDAH / TIADA BANDINGAN 
 "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi
memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah
dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan
akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan
lancar.

96. AL-BAQI - MAHA KEKAL
"Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas
waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi
punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau
bankrap dengan berkat zikir ini.

97. AL-WARITH - MAHA PEMBAHAGI / MEWARISI
 "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat
fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar,
maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x.
InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha
kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. AR-RASHID - MAHA PANDAI / BIJAKSANA
"Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas
otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan
menjadi bertambah cerdas.

99. AS-SABUR - MAHA PENYABAR
 "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal,
maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar &
penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...