Yeahh sape dah baca novel Bicara Hati? Syokk gila kan. Dah banyak kali khatam novel tu, siap boleh hafal dah jalan cerita dia. Tapi sekarang, ada lah manusia yang tak bertanggungjawab. pinjam, tapi tak pulangkan balik. haishh sape pn xtau lah. Sebab banyak orang selalu pinjam. lagipon novel tu dah lama kan. Dulu tak sabar2 tunggu dorang nak adaptasikan. Sekarang kan dah tayang kat Astro Prima. Setiap Hari Selasa jam 9 malam. Jangan lupa tengok ;)
Pelakon utama Bicara Hati.
Ni cover dia yang baru. Novel pertama Damya Hanna kot. Kan? Scha suka baca novel2 dia. Semuaaa best2. Sekarang ni kan ada sekali je seminggu. Puas jugak lah nak tunggu episod seterusnya. Buat orang tak sabar je. Now jugak ada Gemersik Kalbu kan kat TV3. Tu pon best jugak, Tapi lagi best bicara Hati!
Sekarang ni memang dah banyak buat Drama or filem dari Novel2 kan. Dah takde modal kot. Tapi takpe, scha suka. Haha.. Memang la slalunya novel best lagi. Dah lebih terperinci kan. Nak buat drama, mestila amek sikit2 je. Anyway Thanks Osman Ali! Hewhew. .
Sinopsis drama Bicara Hati, Astro Prima
Bicara Hati adalah tentang kisah Tengku Syahran dan Zahlia bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?
Memang wajib tonton ni! Sekarang dah episod 4. Drama ni 26 Episod kalau tak silap. Sharnaz Ahmad dan Christina Suzanne sebagai pelakon utama. Mula2 macam tak best je pelakon dia. Tapi bila dah tengok, best pulak. Kena watak dua2 orang tu. Tapii kan, watak Tengku Syahran dalam novel sepatutnya laagi handsome dari pelakon ni. Tapi sharnaz pon dah cukup handsomee. Hewhew
Ost Bicara Hati dari Lena pon best jugak! Scha sukeee sangat lagu tu. Sekarang pon tengah dengar ni. Suke suara Lena, serak2 basah gitu. Sedap lagu tu dengan suara dia. Cer dengar kat bawah ni.
Lirik :
Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setiap rinduku nyata pada mu
Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku
Chorus:
Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu
Best kan? So jangan lupa tengok episod seterusnya. Winkwink ;)
blablabla : Homework dah panggil..
16 Dah komen.. Anda?:
memang best smua novel damya hanna kan. tp kte x tgk pn drama dye. hukhuk
kadang2 apa yang kita baca lebih kita dapat memahami isi yang tersirat dan yang tersurat di sebaliknya.:)
@♥ Cik Zack's ♥ ha'ah, novel dia sume best2 :)
@GBM yeye, setujuu :)
byk skrg cite novel diadaptasi.tibe2 rase cam nak wat novel.kiki~
@Khumaera Ismail aka Mariam Ismail hehe untung2 boleh tv kann ^^v
baru ja tgk tadi,yg ulangan..tapi seriusly,suka yg dlm novel lagi..hehe
@si ngokngek yela, sebab dalam novel kan lebih terperinci.. ;)
lebih suka klu zahlia pkai tudung elok2.. :)
baru malam td 1st tengok sebab baru cuti. best laahhh. suke3. >.<
oke.saya ada novel nie kat rumah.hee :) memang best lah!!
@Nicaa
haa, betul2. lagi cantek dia pakai tudung kan? :)
@kinn
hee best kan.. kena tgk slalu..
@Ebisi Life a'ah, scha punye orang xpulangkan balik. sobss :(
i pon suke gile2 bace nobel bicara ati tuh... khatam dah byk kali.. tp tp tp... drama bicara ati tu x bape nk best sgt ahhh..die tukar jln cite.. Zahlia kn sentiase bertudung..tp dlm drama siap free hair kt dlm umah... errrr..then, tengku syahran dlm drama tuh mcm baek..bkn ke jahat sket.. errr tu pendapat jek..hik3
@Myzatul FarahinSatimin amboi panjangnyee.. hihi betul2. yg tu scha pon setuju pasal yg bertudung tu kan.. n tgku shahran tu pn betul. tapi kire dah ok la ni. hewhew