Sebenarnya novel ni dah lama dah diterbitkan, aku pn dah lama dah baca tapi memandangkan cuti sekolah ni takdak keja yang boleh dibuat, baca jela balik novel lama2 walaupun banyak lagi novel baru yang menanti. Hee. Dah lama kan tak share novel yang best2.. Dah banyak sangat novel best2 sekarang ni haa, sebulan berapa habis tuk novel je tapi takpa, minat. hee
Seperti yang semua sedia maklum novel Acik Lana mana pernah mengecewakan kan? Malah buat aku melting gila2 dengan watak tu. Adoii so charming, romantik, cool. Hero pertama Acik, Mikail aka Mika dalam novel Aku Bukan Misstress adalah one of my favourite watak.. Suka gila dengan watak Mika, and novel PYPAC ni rasanya novel keempat Acik kot kan? Novel ni takdak ni bookstore memana sbb Acik terbitkan sendiri, ni scha beli direct dari Acik online. Novel2 Acik Semua scha dah baca! Start dari Aku Bukan Misstress, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Kalau Memang Harus Begitu, Perempuan Yang Paling Aku Cinta, Pelangi Cinta Buat Suami dan akan datang Akadku yang terakhir. Yg ni belum keluar lagi.
SINOPSIS
Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.
Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.
“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga
“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi
Untuk dapatkan mood PYPAC, scha bagi gambaran wajah Karl dengan Bunga oke. Scha amek direct dari blog Acik. Pastu scha collagekan.
gulppp.
Bagi yang dah baca tau la kan bestnya PYPAC ni, bagi yang belum baca dipersilakan baca sinopsis diatas dulu. Best kan? Tu baru sinopsis belum novelnya lagi. Memang scha sarankan sgt2 korang kaki2 novel sekelian untuk carik novel ni. Novel yang gerenti tak boleh letak punya!!
Cerita dimulakan dengan flashback kisah Bunga dgn Kimi di universiti. Kimi dikenali sbg playboy, dia seorang photographer ye untk pengetahuan semua. Aww cool gila, my taste! ekeke. Scha ringkaskanlah, sampai la satu masa depa terlanjur. And lepas saja pada tu Kimi p luar negara, Bunga pula kena buang kolej, buang keluarga. 7 tahun Kimi tinggal dia macam tu ja sedangkan dia terseksa dgn macam2. Kena baca sendiri baru faham.
Kimi balik semua ke Malaysia bukan ats sebab nak cari Bunga pn, tapi secara kebetulan depa terjumpa. Dan kebetulan lagi depa terjumpa atas urusan kerja. Once Kimi dah tau tu Bunga yg dia tinggalkan dulu, macam2 dia buat untuk dapatkan Bunga balik lepas dia cari apa sebenarnya yang Bunga lalui sepanjang 7 tahun tu.
Baca novel ni rasa macam nak sgt jadi Bunga tu sebab Karl sgt romantik oke. Setiap2 kata2 dia memang buat melayang laa. Serious baq hang. Bunga tetap takmau dgn Karl sebab dendam dan sakit hati yang Karl tinggalkan dia macam tu ja. Last2 Bunga tergoda jugak dengan pujuk rayu Karl, tu pun puas oke. Dan disebalik semua ni depa sebenarnya ada seorang anak yg bunga tinggalkan kat stesen bas once dia dilahirkan. Ceritanya tak la semudah yg aku ceritakan ni, hehee memang besst lah jalan cerita dia. Langsung tak menghampakan.
Banyak lagi aku nak cerita tapi macam malas jer. Ehehe rasanya ramai kaki2 novel confirm dah baca kan? Untuk yg belum baca sila sila lah baca cepat2 oke. Memang best sangat2. 5 Star untuk PYPAC dan Acik Lana.
I Love You , Karl Hakimi!