Khamis, 19 Februari 2015

Kami Wira Wirawati Negara!



Tajuk excited kan uols. Haha entry pertama 2015.. Percaya atau tak percaya  aku dah habiskan 68 hari di Kem Plkn Guar Chenderai, Perlis. Suka tak suka aku dah habiskan latihan ni weheee!! Kepada kawan2ku yg senasib tu, tahniah sebab berjaya habiskan latihan dengan jayanya yeayy awal2 memang takmau p tapi kita dapat pengalaman baru kan hee ^_^  btw entry agak panjang sebab aku nak habiskan cerita ni dalam satu entry ja hee 


Perasaan bila dapat bila ni? Okay perasaan dia sampai jatuh air mata aa haha sebab memang dari kecik takmau terlibat dengan plkn tapi aku pulak yang dapat. Tula orang kata jangan benci sgt, jangan tak suka sangat. Kan jadi macam ni. Tapi percaya ja apa yg jadi dalam hidup kita, yg mai dalam hidup kita ada sebab dan hikmahnya so just follow the flow okay kawan kawannn

8 disember aku lapor diri kat Jubli Alor Setar dengan hati yang bercampur baur. Bangun pagi dengan hati yg berat sangat oi nightmareee! Aku packing barang pn malam 7 dis tu orang lain aku tengok bukan main seminggu sebelum dah packing huu saia tak kuadd :( lepastu hari tu serba tak kena ja dah start gerak baru teringat tertinggal gambar lah apa lah memang haritu aku diam ja x cakap banyak haha lawak ingat balik. 

Sampai2 jubli tu jangan kata la, tengok bas plkn penuh dah menannti.. Dengan orang ramai. Tapi hari tu aku tengok muka sorang2 memang menyedihkan la. Kahkah. So dengan yang hati yg konon2 sado, aku pn p daftarkan diri kat pendaftaran dgn positive la. Sebab kita start positive baru la senang sikit nak terima semua ni hee. 

My bed. Okay abaikan spike yg berdebu tu kikiki. Terima kasih katilku yg setia menerima suka dan duka sepanjang 68 hari di plkn ni. 

Kan sepanjang bulan 12 tu musim hujan so dari 8 dis sampai la habis bulan 12 memang tak start lagi aktiviti lasak cuma masuk kelas pagi2 ja kelas yang sangat membosankan tu haha macam budak2 dah rasa dalam kelas tu, bukan setakat budak2 macam budak tadika ekeke if u know what i meann. 


Lawatan keluarga. Wit my handsome dadyyy. Lawatan keluarga paling best sebab bole makan macam2 hee 

N this is my beautiful mommy :*


Adik2 ku yg bila aku ada kerja nak gaduh ja bila aku xdak mula la rindu well biasa la tu hee


Masih minggu2 awal di plkn. Ni my dormmate yang awesome n crazy muehehe. 


My dorm. Dorm yang paling jauhh sekali nak turun makan, nak p surau pn puas! Tapi best sebab p1 dorm yg pertama so buat apa2 pn mesti kami dulu


Duty. Best bertugas kat pendaftaran masa lawatan keluarga sebab bole tengok orang. Yg penting jangan lupa ayat ni "selamat datang, anak cik laki ka perempuan? Ha perempuan tulis sini" 


Wit amoi2 cute n sebelah kiri aku tu nama dia shi hwey tapi disebabkan dia sangat cute n macam hello kitty so nama dia hello kitty kat plkn ni hee. Btw happy chinese new year uolssss


Sudah merindui mereka :( 


Okay pemandangan ni sangat ditunggu2 pada hari jumaat n paling tak mau tengok pada hari ahad. Sebab? Hari jumaat dapat fon n hari ahad hantaq fon :( 


Senyum walaupun semua meronta2 nak balik. 


Masa ni tinggal berapa hari tah nak balij tapi dah feeling2 macam dah tamat latihan hehehe. Ada photoshoot sebenarnya hari ni tu yang semua excited lain macam sebab mood nak balik dah mai. 


Wit Ana. Budak 'Alorrr Janggusss' hahaha sama ka muka kami? Sebab semua cakap sama n aku taktau berapa kali orang tersalah antara aku n ana. Selalu ja orang panggil aku ana tapi layankan jela sbb nama aku memang ana pn ada ekeke. Btw ana ni agak nyanyuk dalam dorm n selalu lari p duduk bilik rehat kalau merajuk dengan kami. Kahkah. 


Aku paling tak suka kalau weekend kami kena kacau :( so ni weekend lah sebenarnya tapi pagi2 dah kena kacau turun dewan makan untuk praktis drama leftenan adnan. So kami hiburkan hati dengan selfie! Btw yg pegang fon tu chin, chinese yg agak senget n sporting. N yg pakai tudung tu kim. Artis woo. Kalau hari cuti dia akan menyanyi sambil main gitar dalam dorm. N chinese yg lagi sorang tu yen. My neighbour. Dia org pertama tegur aku masa first aku jejak kaki dalam bilik tu sebab aku dk sebelah katil dia. Hee dia sangat cute n loves to read! So kami banyak tukar2 novel sepanjang kt sana.


Nilah situasi hari jumaat.


Hujung sekali tu tyra. Princess hot dalam dorm yg sangat bising. Haha takdak dia memang sunyi kot aku rasa dorm tu. Sebelah aku tu najwa. Najwa my specil buddyz so satg aku terangkan dengan lebih panjang lebar hee


Sebelum rollcall. Yeayy finally aku dah xdengaq ayat "okay wira wirawati masuk baris" masa tengah syok melepak! Yg tak bertudng sorang kat atas tu nama dia malikka. Dia kalot sgt suruh aku mention nama dia banyak2 dlam ni hahaha

Malikka ni siamese. Dia sangat rajin n memang rajin gila2 memang salute ah! Dia ni suka menjerit, petang2 akan dengar lah 'dobi dobi, sapa nak hantaq dobi' haha aku rindu hg la malikka! Malikka pn org yg selalu puntcual sebab tu aku senang nak kawan dengan dia.


Okay ni masa kami keluar tengok dunia! Haha actually ni tengah otw ke uum sintok, kedah untuk aktiviti yg paling ditunggu2 iaitu menembak wit M16 wehee! 

Overall aku rasa plkn ni tak teruk langsung haha taktau la sebab aku dah biasa dengan outdoor atau mcm mana sebab aktiviti dalam ni semua aku dah biasa buat dengan scout. Err sebenarnya lagi lebih dri apa yang ada dalam plkn. Nanti adik2 yg dapat kat kem plkn gc ni ni mesti best sebab cikgu2 semua sporting sangat2!


Get ready nak balik!! Wehee i hate packing things tapi bila sebut ja nak balik memang excited nak packing barang.


Ni persediaan untuk wira jaya. Aktiviti kemuncak lah sebab minggu last dah xtvt ni. Masuk hutan memang makanan aku lah haha i love nature. 

Bulan pertama memang seksa woi nak habiskan sehari pn. Tapi bila dah start aktivit fizikal or aktiviti lasak ha memang dah start rasa seronok. Tapi tapi tetap tiap hari dk belek calendar ah hahaha.


Alpha girls! 


Gadis2 Alpha iaitu gabungan dorm p1 n p2.  Memang best dalam company alpha sebab selalu start dulu buat apa2 pn. Hee banyak kenangan kot dengan budak2 alpha ni sebab kami menang xngam langsung cuma last2 tu ja baru masuk sikit2 hahaha apa2 pn we rawks!


Alpha company. Lepasni memang taktau bila pulak bole jumpa.


Yeayy dah nak balik! Haha ni sebenarnya outfit untuk malam penutup kami yg bertemakan rock! 


Rock star lah kononnya ekeke


Habis malam penutup kami sambung pulak dekat dorm.


Wit kim. Retis tadi tu. Dia sangat sportinggg. Malam penutup tu dia menang karoke n best outfit of the night hee. Rinduuuu nak dengaq kim menyanyii :(


Yeayyyyy tamat sudah perkhidmatan kami sebagai wirawati! 


Tetiba aku teringat waktu PT pagi pukul 6.45 dah kena p baris nyanyi lagu negaraku n khidmat negara dalam gelap gelita tu. Serious habaq aku nyanyi sambil pejam mata pn pernah kot sebab ngantuk gila n lagipun gelap kan hahaha. Bebai pagi2 nak kena baris dah fuhh


Ni najwa. Aka mrs pramugara. Haha my bff kat plkn. Kami anak sulong n mungkin sebab tu kami banyak persamaan yg buat kami ngan gila aa. Thanks wa jadi kawan km sepanjang kt sana sbb tanpa dia, dorm kami takkan bangun pagi haha. N wa gak always puntcual sebab tu aku ngam dgn dia sbb me tak berapa selesa dengan org yg tak jaga masa hehe peace! 


Hari paling best oi rasa hilang semua beban kat sini ekeke. 


Yeayyy yg ni memang 'unsangkarable' hahaha kami top ten penembak kem plkn gc kot! Menembak woo. Haha aku pn taktau mcm mana aku bole dapat kahkah. 


Tudung kelabu yg atas tu shera. Aku suka dengaq dia cakap sebab memang perlis pekat aeh! N dia memang gila2 so sapa yg berkawan dengan dia memang tak kering gusi lah i tell youu. Kiri sekali bawah tu huda. Budak sbp hihi. Huda memang aku salute sebab dia memang born to be a leader. Ketua company kot jangan memain hihi. Best kawan dengan huda sebab dia matured. 



Okay aku rasa dah panjang sangat entry ni kan haha terima kasih sapa yang sudi baca sampai habis cerita scha aryana di plkn ni ekeke. Overall aku tak cakap plkn ni best hahaha bole la 50-50. Sebab lama sangatt tapi aku kira untung la 2 bulan seminggu ja berbanding kumpulan lain kena 3 bulan thank God!! Lagi 1 aku tak kata la best sampai takmau balik sebab tiap hari aku pikiaq nak balik ja ekeke. Tapi bebai oi duit aku berapa kali hilang tapi tulah nak buat cemana . Tapi jugak best sebab setiap hari tu adalah pengalaman baru bg kita so jangan takut untuk mencuba n kutip sebanyak mana pengalaman selagi boleh oke adik2! 



Ni benda wajib ada kat budak2 plkn. Hehehe 

Setakat tu saja bole share dalam entry yg serba ringkas ni. Plkn dah habis so sekrang aku sdg menghitung hari utk result spm pulak ketaq aeh, kawan2 doakan result scha seperti yg diharapkan k. InsyaAllah apa2 pn dah buat kan so terima jala tapi harapnya okay la wuu takott. 


Im coming homee, im comingg homee, tell the world im coming homee! 





9 Dah komen.. Anda?:

Unknown berkata...

I've told you everyday is a new experience....enjoy it...we all missed you very much during your PLKN...glad your training is over...BTW GC Camp Rocks !!...Alpha Girls....Rocks!!...Dorm P1 Rocks!!!...and by the way.... very nice blog and entry....

Unknown berkata...

Errr..nama anak..Shah Nur Aryana...Dorm P1...ayat wajib hampir setiap minggu...he...he

Scha Aryana berkata...

@Shah Jahan haha yeah we rawks! Mestila ayat wajib hampir setiap minggu because your pretty daughter ni always miss u n miss food! hahaha

Unknown berkata...

Congrats scha. Finally, your 'penantian' was over. :)

Tanpa Nama berkata...

saya pun dapat plkn jugak tapi kena tangguh. memang selalu dengar siapa yg taknak pegi PLKN bila dah duduk sana rasa mcm taknak balik. pengalaman ni berlaku pada kakak dan kawan saya haha. anyway, tahniah!

Scha Aryana berkata...

@Mazni Munawar hehe terima kasih! Tapi scha tetap rasa nak balik! haha

Najib Ariyan Ali Basha berkata...

Salam kenal

Tahniah kerana berjaya menghabiskan kursus ni... pengalaman yang menarikkan... kengkawan tu semua ada ke contact no...?? sapa tau in future nak buat bisnes ke nak terus jadi blogger ker... so kengkawan tu semua lah penyokong tegar...

Scha Aryana berkata...

@Najib Ariyan hehe ada je contact n masih contact sampai sekarang hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...