Jumaat, 9 Disember 2011

JAMBORI MALAYSIA KE 12 & TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2011







Yeahhh, happynyee dah sampai Kedah! Seminggu dok ganu, dalam kebasahan. 19 - 25 NOV. Tapi best gila oh, Kontigen Kedah menang Persembahan untuk Malam Kebudayaan and Pintu Gerbang. Bangga ohh. Haha. Memang banyak ah yg nak diceritakan, nak type entri ni pon semangat. Hihi. Act, scha balik 2,3 hari lepas. tapi xsempat nak siapkan entri ni. busy sikit. eheh

Mula-mula kitorang berkumpul kat Pendang. Naik bas kat sana. Mula2 pon dah happy sebab kitorang daerah Padang Terap naik bas tu lebih kurang 16 orang je. Sorang 2seat. Syok ah. Puas tidur sementara nak sampai Terengganu tu. bertolak dalam pukul 11 pagi, sampai campsite pukul 9lebih. Letih gila duduk dalam bas. Perasmian oleh Agong. tapi masa tu, kami tak p lagi.

 


Scha dapat kumpulan hijau, Aktiviti first ialah aktiviti air. Kitorang pegi naik trak ohh. Haha. Dalam masa tunggu turn nak naik trak tu, hujan lebat gila. Dekat Sejam lebih jugak lah tunggu, jauh jugak dari kem Telaga Batin tu.


Ni masa nak tunggu trak tu. habis basah lencun dah. tu belum buat aktiviti lagi. 







best ohh nak trak! Hahah

Aktiviti air semua ada 4kot. Kayak, Rakit,Menyelamat,Merentas Sungai. Kena buat 3 daripada 4. Kitorang beratur nak buat kayak, tapi ramai sangat. tak jadi lah. pastu buat rakit, rakit dalam hujan lebat tu. Sejuk gila, macam kat oversea. Memang menggigil lahh, sejuk sangat. Tapi papepon enjoyy. Haha






Scha dah hilang idea nak update apa. Tulah, selalu macam ni. Lain kali kalau ada idea, kena update terus. bila tangguh, ni lah jadi. terkebil kebil depan laptop. eheh. Tapi kan. scha bangga lah pegi sana sebagai negeri Kedah. Kawan2 semua happening gila. Even daerah kami yg paling sikit. Tapi kat sana je, cepat je dapat geng. Tapi kann. hujan spoil sikit lahh.. Sebab ape, nak keluar pegi bergambar pon susah sebab asyik hujan jee. time tak hujan, kami ada program or aktiviti apa2 pulak. Frust gila gambar tak banyak. Jambori 4tahun sekali , 2015 pulak lah. Masa tu scha dah jadi kelana. ohhoii, lambat lagii :/

Salah satu sebab kenapa gambar tak banyak ialah..

jeng jeng jenggggggggggggggg ..



Ceritanya bermula begini.. Malam tu.. masa free, kami saja2 la baring2 dalam khemah, tunggu rokol, sebab malam tu malam budaya. wajib lah semua pegi kan. Pastu tetiba ja dengaq wisel kan. haha, ape lagi. Cari stokin, cari kasut, skarf, tag nama cepat2. pastu aku pegi dulu. tinggal lagi 2 orang dlm khemah. Pastu diorang mai, cakap. wehh, khemah takleh tutup. tali tu silap pg ikat mati. Adehh, masa tu dah risau dah. sebab takut hujan satgi.. Pastu, takpelah. Tunggu abang2 Kelana tu habis cakap, ingat lepas tu la nak pg tutup. dengan camera, handfon semua tak letak dlm plastik pn..

Tiba-tiba.. Hujan. bukan hujan renyai2, hujan lebat punye. Aduhaii, hati ni dah gelisah dah. Nak bagitau abang2 tu, tak berani. haha. Mana dok pikir khemah masuk air, handfon, camera semua tu.. Pastu kitorang nak bagitau, tetibe guruh kilat semua and letrik pulak takde. Ya Allah, dugaan2.. Lama jugak lah takde letrik, scha dk pikir bile lah nak habis.. tak brani nak balik khemah dgn hujan lebt, guruh kilat semua ni.. Pastu dah nak bertolak dah ni, pegi dewan utama untuk malam budaya. Kami bagitau nak pegi tutup khemah. Sampai2 je kat sane.. jeng jeng jennngggggggggggggggg~

.......................................................................................................................................

Sekali dah runtuh daaa.. Kalau ikut takde beg, tak letak pancang. rasanya khemah tu dah melayang sampai kedah dah. Haha. Memang spoil sangat2. yelah malam tu nak pg tengok Malam Budaya. Lagi bersemangat sebab Kedah menang persembahan malam budaya. Tup2, khemah jadi macam tu. Sobs sobsss.. Tapi takpe, scha just pg amek camera hp semua tu, bukak segala isi2 dalam tu biar kering sikit. Alhamdulillah lah kan boleh guna. Tapi bt fon satu tu dah habis. Camera pulak memang lens dy dah rosak dah. Sebab tu lah tak banyak sangat gambaq kitorang! hari first2 tu je banyak.


Tapi, tapi, malam tu pegi jugak lah tgk Malam Kebudayaan. Elok dah sampai sana, orang memang dah ramai. Kontigen Kedah pegi berdiri depan2 jugak. Nak bersorak nih! Haha. Tungu punya tunggu, kedah last skali lah sebab juara kann. Pastu datang ada persembahan lagu Cinta Muka Buku pulak. ape lagi, nyanyi punye nyanyi. riuh satu dewan. Lupe kejap pasal dok pk malam ni nak tidoq mana, pasal khemah yg dah runtuh tu.. Huhu. Mau tak ramai, dekat 12ribu peerta Jambori kali ni.
..........................................................................................................

Tapi ok la, balik2 tu. kami pasang balik khemah tu, nasiblah ok. Tapi dah jadi kolam dah kt dlm tu. lap punye lap. bekerjasama lah 4orang kami. haha. Tapi yg penting, pengalaman! Memang terbaik lah jambori kali ni! Yg bestnye jugak, lagu tema jambori bukan main best lagi. mula2 macam kalakar je lagu ni. Lama2 jadi best pulak. Haha. menjadi kegilaan budak2 jambori. Bukak je lagu ni, bukan main syok. Haha..










Haa, amacam? Syokk kann? Hihi. yg lain2 tu. aku malas nak cerita dah. Sebab dari hari 2,3 hari lepas lg siapkan entri ni tak habis2. haha. biar gambar je lah yg bercerita eh? Korang jangan jelesss~





Comel gilo dy ni kan? Kazakhstan. Macam barbie! Credit to Ckgu Sharani.













pintu gerbang kebanggaan aku~



 ruang pameran kontigen kedah






ni pintu gerbang dari arah dalam / blakang .





GUNUNG JERAI di terengganu~





oklah. tu saje untuk kali ni! And kalau korang perasan aku balik 25 Nov lagi. Cuma tak sempat nak publish. Hehe. Papepon jambori kali ni memang best gila! Lagi 4tahun dengar macam dekat KL. yeahh, confirm aku ade, tapi sebagai Kelana lahh! Heheh byebyee XOXO!

Akhir kata,

"Once a SCOUT, forever a SCOUT."



7 Dah komen.. Anda?:

Tanpa Nama berkata...

awak boley ajarr sayee...buat blog

Tanpa Nama berkata...

ajar saya please

NadyaBubble berkata...

once a scout, forever a scout :D rugi kan tak jumpa kat sana, kalau tak boleh tangkap gambar sesame blogger :D

Scha Lalala berkata...

@NadyaBubble
yeahh! tu la bila balik baru nak kenal. heheh ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...