Yeahhh, happynyee dah sampai Kedah! Seminggu dok ganu, dalam kebasahan. 19 - 25 NOV. Tapi best gila oh, Kontigen Kedah menang Persembahan untuk Malam Kebudayaan and Pintu Gerbang. Bangga ohh. Haha. Memang banyak ah yg nak diceritakan, nak type entri ni pon semangat. Hihi. Act, scha balik 2,3 hari lepas. tapi xsempat nak siapkan entri ni. busy sikit. eheh
Mula-mula kitorang berkumpul kat Pendang. Naik bas kat sana. Mula2 pon dah happy sebab kitorang daerah Padang Terap naik bas tu lebih kurang 16 orang je. Sorang 2seat. Syok ah. Puas tidur sementara nak sampai Terengganu tu. bertolak dalam pukul 11 pagi, sampai campsite pukul 9lebih. Letih gila duduk dalam bas. Perasmian oleh Agong. tapi masa tu, kami tak p lagi.
Scha dapat kumpulan hijau, Aktiviti first ialah aktiviti air. Kitorang pegi naik trak ohh. Haha. Dalam masa tunggu turn nak naik trak tu, hujan lebat gila. Dekat Sejam lebih jugak lah tunggu, jauh jugak dari kem Telaga Batin tu.
Ni masa nak tunggu trak tu. habis basah lencun dah. tu belum buat aktiviti lagi.
best ohh nak trak! Hahah
Aktiviti air semua ada 4kot. Kayak, Rakit,Menyelamat,Merentas Sungai. Kena buat 3 daripada 4. Kitorang beratur nak buat kayak, tapi ramai sangat. tak jadi lah. pastu buat rakit, rakit dalam hujan lebat tu. Sejuk gila, macam kat oversea. Memang menggigil lahh, sejuk sangat. Tapi papepon enjoyy. Haha
Salah satu sebab kenapa gambar tak banyak ialah..
jeng jeng jenggggggggggggggg ..
Ceritanya bermula begini.. Malam tu.. masa free, kami saja2 la baring2 dalam khemah, tunggu rokol, sebab malam tu malam budaya. wajib lah semua pegi kan. Pastu tetiba ja dengaq wisel kan. haha, ape lagi. Cari stokin, cari kasut, skarf, tag nama cepat2. pastu aku pegi dulu. tinggal lagi 2 orang dlm khemah. Pastu diorang mai, cakap. wehh, khemah takleh tutup. tali tu silap pg ikat mati. Adehh, masa tu dah risau dah. sebab takut hujan satgi.. Pastu, takpelah. Tunggu abang2 Kelana tu habis cakap, ingat lepas tu la nak pg tutup. dengan camera, handfon semua tak letak dlm plastik pn..
.......................................................................................................................................
Tapi, tapi, malam tu pegi jugak lah tgk Malam Kebudayaan. Elok dah sampai sana, orang memang dah ramai. Kontigen Kedah pegi berdiri depan2 jugak. Nak bersorak nih! Haha. Tungu punya tunggu, kedah last skali lah sebab juara kann. Pastu datang ada persembahan lagu Cinta Muka Buku pulak. ape lagi, nyanyi punye nyanyi. riuh satu dewan. Lupe kejap pasal dok pk malam ni nak tidoq mana, pasal khemah yg dah runtuh tu.. Huhu. Mau tak ramai, dekat 12ribu peerta Jambori kali ni.
..........................................................................................................
Tapi ok la, balik2 tu. kami pasang balik khemah tu, nasiblah ok. Tapi dah jadi kolam dah kt dlm tu. lap punye lap. bekerjasama lah 4orang kami. haha. Tapi yg penting, pengalaman! Memang terbaik lah jambori kali ni! Yg bestnye jugak, lagu tema jambori bukan main best lagi. mula2 macam kalakar je lagu ni. Lama2 jadi best pulak. Haha. menjadi kegilaan budak2 jambori. Bukak je lagu ni, bukan main syok. Haha..
Haa, amacam? Syokk kann? Hihi. yg lain2 tu. aku malas nak cerita dah. Sebab dari hari 2,3 hari lepas lg siapkan entri ni tak habis2. haha. biar gambar je lah yg bercerita eh? Korang jangan jelesss~
Comel gilo dy ni kan? Kazakhstan. Macam barbie! Credit to Ckgu Sharani.
pintu gerbang kebanggaan aku~
ruang pameran kontigen kedah
ni pintu gerbang dari arah dalam / blakang .
GUNUNG JERAI di terengganu~
Akhir kata,
"Once a SCOUT, forever a SCOUT."
7 Dah komen.. Anda?:
awak boley ajarr sayee...buat blog
ajar saya please
jawablahh
jawablahh
jawablahh
once a scout, forever a scout :D rugi kan tak jumpa kat sana, kalau tak boleh tangkap gambar sesame blogger :D
@NadyaBubble
yeahh! tu la bila balik baru nak kenal. heheh ;D