Phewww, rasa macam dah serik nak hiking gunung jerai. Hahaha letih gila weiiiii macam nak putus kaki. Dah la benda tak plan , dengan sejak belakangan ni pulak scha memang duk rumah saja je baca novel online je keje tetiba nak join xtvt yg perlukan stamina yang tinggi ni pulak haha.. Tapi mcm mana pn memang nak p jugak pn. Sebab kalau x join yang ni taktau bila pulak la boleh naik atas gunung jerai tu macam lambat lagi pulak jer.
Btw scha pegi ni sebenarnya sbg kelana, join xpdc gunung jerai untuk bakal2 pengakap raja. Masa awal2 tu kemain semangat takmau duduk last, tuptup abang van tu cakap xdak orang dah kat belakang, kami last. Lepas tu apa lagi terus sambung perjalanan dengan penuh semangat.
Berhenti rehat sat. Masa ni takla rasa letih lagi sebab baru berapa km je. Oh sebelum tu untuk sampai ke puncak gunung jerai, kita perlu mengharungi perjalanan sepanjang 12 kilometer.
4 km to go. Waaaa macam nak teriak dah waktu ni ahaha scha dk fikir memang takkan sampai atas dah. Waktu ni pulak dari jalan beramai2 tu tinggal scha dengan alif ja. Yang lain semua dah tinggal kami. Tu pn nasib baik ada alif yg kesin nak tinggal scha sorang2. Hahaha thanks kkk nanti mai claim yg kita janji nak belanja tu :p
Finally!!! Dah dekat pukul 8 baru sampai. Haha.. Kitaorang start perjalanan pukul 3.45 petang macam tu sampai dalam pukul 7.50 malam. Lebih kurang 4 jam jugak la. Masa ni rasa mcm baru dapat award pulak haha lega and bangga jugak la boleh sampai kat sini ingat memang kantoi kan tengah jalan ja. Haha
Abg syawal siap kata nak amik moto p tengok aku kat mana dah tengok2 dah sampai. Adoyai
Kawasan perkemahan tu. Malam tu memang sejuk gila kat sini memang tipu la x sejuk dah di atas gunung tu ha. Dahla tak bawak sweater ke apa, harapkan cardigan nipis tu ja. Sobs
Malam tu ingat nak tidur kat surau tu ja, surau yg macam khemah jela bukan surau yg bangunan tu pn, lepastu dengar guruh, mak ai dengan sekarang pn macam dah beku terus tak jadi tido camtu je. Scha dengan ilah p amek khemah kat abg syawal n the gang pastu terus pasang kat dalam surau tu so macam khemah dalam khemah la citer dia. Ehehe
Dah tidur dalam khemah tu pn berapa jam baru boleh tidur. Sat pusing sana sat pusing sini adoi tak tahan sejuk, selimut pn pakai kain batik ja haha sebab tak ma bawak banyak barang punya pasal. Macam nak demam rasa malam tu dengan letihnya dengan sejuk ya last2 bila scha terlena pn xtau la..
Morning!
Ni keesokan pagi tu dah la. Geng2 yang p sekali dengan scha mcm abg syawal, alif, naim, keri, abg don n sir amirul semua tidur kat pondok tu. Lagi la thrill, tidur camtu ja tapi last2 depa naikkan jugak satu khemah, sapa yg masuk tidur kt dalam tak tau la.
Nampak tak sayup2 je pemandangan kat belakang tu, putih ja nampak. Hee best sangat waktu ni. Udara pagi yang sangat fresh.
Sekarang masa untuk cari bekfes! Wehee
Pagi tu pulak kitorang meneruskan lagi perjalanan untuk aktiviti survival. Ni masa peserta semua tgh dengar briefing sebelum naik kat atas.
Amek beras sorang segenggam k. Dah genggam tu pulak kena shake2 dulu kikiki
Disebabkan dah kena yang teruk kemarin so harini walaupun teruk jugak tapi jadi biasa sikit la haha.. Memang penat jugak la. Dahla ada pacat naik kat seluar tu pn nasib baik ilah hbaq, yang aku ni macam nak kuar air mata dah dok suruh abang guide tu buang dia boleh buat rilex tanya kenapa kenapa haha.. Elok benda alah tu naik makin atas baru dia buang Ya Allah menakutkan!!!
Chayok2, sikit je lagi!
Yang berasap kat belakang tu sebenarnya depa semua tengah masak. Nasi + sardin + telur goreng + air masak
So ini hasil yang akak2 kelana kita buat. Nampak menyelerakan tak? Hihi
Dah habis budak2 tu masak kami jadi juri pulak untuk hidangan tu semua, macam2 rasa ada haha kenyang jugak lah jadi juri ni.
Masa untuk turun balik ke camp site.
Petang tu xdak aktiviti so kita nikmati jela pemandangan yang indah dari puncak ni. Best je environtment kat atas ni, tenang gila! Petang tu jugak budak2 boleh terjun dalam swimming pool yang memang dah disediakan kat situ. Seronok lah hampa ek.
Breathtaking scenery.
Dengan abang2 kelana pendang pulak. Selfie kemain la masa ni sebab petang tu scha dgn kawan2 yang lain balik dulu sebab ada hal2 yang tak dapat dielakkan. Peserta n yang lain semua balik pagi esok tu.
Dengan abang syahir yang baru sampai.
Sukanya tengok pemandangan macam ni. Rasa takmau balik ja.
Petang tu kami balik pukul 6.30 macan tu la, balik turun bawah naik kereta, tak sanggup dah nak guna tenaga sendiri haha. Naik kereta tu pn aku dah kantoi sebab yela jalan dia Z kot, memang pening gila. So terus tutup mata n tidur.
Dah sampai bawah tukar kereta, naik dengan abg syawal pulak untuk balik naka, aku dengan ilah tak cakap sepatah dah, letih yang amat sangat so terus tido sampaila bila terjaga ja dah nampak rumah. Haha tu jelah cerita pasal gunung jerai ni. Next time walaupun fikir panjang jugak untuk p lagi tapi memang nak p jugak haha yelah grab semua chances yg ada, baru banyak experience kan. Jumpa lagi!