Sabtu, 31 Disember 2011

Byebye 2011, Welcome 2012 :')

Hai korang semua! Malam ni countdown kat umah jek. Huhu. Lagi best apeee, kankan? Lagipon aku tak pernah pn sambut new year or what. Untunglahh aku duduk kat kampung ni. mane lah ade bende macam tu :') Esok, 1 Januari 2012, aku dah jadi pelajar tingakatan 3. PMR yeah. dan lebih rasmi lagi pada 9 April! Hewhew. Bagi aku, 2011 banyak kenangan manis dalam hidup aku. Antaranya, baru2 ni, aku dapat pegi Jambori Pengakap dekat Terengganu. Memang kenangan yang tak boleh dilupakan.

2011 jugak aku pindah skolah. huhu. Smk naka yang memang dekat rumah je. hai.. rindu kawan2 asrama syed ahmad dulu.. Wani, Syifa, Azie, Ekma, prissana,Fatin.. rindunyee.. lama tak jumpe kan.. sobss :'( korang memang kawan yang terbaik.. kawan2 aku ptt bangga kalau bca post ni. harhar



Dalam 2011, aku banyak main2 je sebenarnya. Huhu. Jadi pada tahun depan, lagi2 aku nak amek PMR. Kena blaja rajen2 lagi.. Mak ayah aku dah banyak bagi ape aku nak.. Ape pulak aku bagi kat dorang kan.. huhu.. Tapi azam 2012 memang nak blaja rajin2.. Jangan enjoy sangat.. Banyak sebenarnya.. dah cakap pada entri sebelum ni. hewhew. Tapi biase la, kalau dah mula menaip memang agak susah nak berhenti. Macam2 pulak idea main. :)

Bersyukurlah sebab kita masih boleh bernafas lagi di muka bumi ni.. Dapat lagi teruskan hidup ni.. 

Esok pulak, kitorang nak buat benda2 untuk hias kelas. kitorang memang rajen. harhar. Semangat lah katakan.. Tapi tunggu lah tengok tengah2 tahun nanti, kelas jadi apa pon dah malas nak kesah. hewhew. Tahun depan jugak, i want to be more closer to Allah.. Apa2 pon.. 2011 banyak bagi kenangan manis pada aku.. And i hope, 2012 will be much better than 2011. Insyaallah. :')



blabla : Tunggulah berita/ paper sehari dua lagi. Mesti macam2 cerita.. 

Rabu, 28 Disember 2011

Yuhuu, tahun baru, azam pon baru!

hehee macam tak percaya esok dah pendaftaran kat sekolahh. cepat gileeee kann. apa2 pon, azam aku tahun lepas ada lagi yang belum tercapai.. sobsss.. so untuk tahun ni pulak, yeahh, semangattt!


motif gambar?

ok berikut adalah azam2 aku untuk tahun depann ^^V

RAJIN.
yeahh, perkara pertama mestilah rajin. dear Malas, pleaseee. jangan ganggu aku lagi. tolonglahh. aku dah pilih nak bersama rajin. get it? ok. sebab tahun depan aku nak amek PMR. tak boleh main2 lagi. nak study betul2, rajin2. nak dapat resultt, AAAAAAAA+. perghh kemain lagi... 

TAKNAK DAPAT MATH C/D LAGI
hahaa yeah aku memang lemahh gileeee math ni. tengok nombor pon aku dah pening kpale. ape kesal pulak x nak tambah z lah. adoii, tapi itu lah. kena blaja rajin2 lagi. tapi aku mengaku lah, aku blaja bukan sggh2 gila pon tahun ni, padan lah dapat c pon. sobss.. so sebab tu la nak rajen. Cukup lah dapat c,d.. takmau dah. nak A pulak. dah takleh sangat pon, B je lah. ekkeke



KURANGKAN ONLINE
yes the third one. kurangkan online. Sebab tahun ni memang aku dah banyak main.. so tahun depan, pleasee shah nur aryana, serious sikett. *baiklahhhhhh.. blog mesti aku jarang update nanti, sebab kalau slalu online pon jarang hapdate jugak. ngeh3. bukan pee, idea banyak tapi bukak new post je blur. boleg gitu? hewheww. Facebook, Tumblr, Twitter or whatever kena kurangkan.. Aku nak berkawan dengan buku lebih dari dengan mukabuku. hewheww ^^V


buat masa ni, tulah azam aku kot. Itu je yang aku teringat. hewhew. So uols , apa pulak azam korangg? Sama2 lah kita berusaha untuk berjayakan azam tu. berjayakan? ape punye ayat tu scha oii.. doakan aku ye kawann2 yang baik, cantik dan handsomee. yeahh chaiyok2! 

END YEAR MEGA GIVEAWAY 2011 by Cahaya Azyla


banner pon omeyy kann? 

lagi2 giveaway kan. hahaa ape nak buatt.. join je lahh.. Hadiah pon best2.. ekeke

scha tag
amy
nisa
hanim teenage dream

Senarai sponsor (ada 30 kesemuanya)  :
so ladiess, tunggu ape lagi. join noww.!

Pikalurve 2nd GIVEAWAY




GIVEAWAY ini bermula dari 
25 DECEMBER 2011 - 25 JANUARY 2012





Giveaway First Cik Violet




jom join u alls! scha tag korang semuaa join. hadiah best2 tau. senang je syarat2 nya pon.. 



Wordless Wednesday








Selasa, 27 Disember 2011

End Year Random Giveaway

amek kau, penuh dengan entry giveaway. terjumpak dekat dashboard tadi, then terus update. Haha.. well, nak update apepon takde idea lagi. hujung2 tahun ni memang banyak ga la kan. aku pulak memangg xboleh tgk bende2 free. tapi itupon kalau menang la kan. hehee.. 



Saje scha nak tayang jugak hadiah nye. heheee jom usharr 

















banyak kann? Jom Join now. KLIK

Blog Hanya Dari Mata Mini Give-Away :TQ Followers!


yuhuu, jom join GA! ta rugi pon, kalau ada rezeki boleh memang kann. Haha.. jom join ramai2. scha terus join sebab hadiah dy ade leopard print. kehkeh. memang suke gile. 

klik banner kalau berminat !



Ni pulak senarai hadiah nye . jeng jeng jengg









Scha tag :


Khamis, 22 Disember 2011

Tahniahh buat korang yang dapat berjaya dlm PMR!

yuhuu, afternoon all! Hari ni facebook penuh dengan result PMR and virus yang menyemakkan wall tu. Facebook ni memang tak habis2 dengan virus kann. --' 

Anyway, Congrats untuk korang yang dapat result pmr hari ni. Tahniahh buat yang berjaya! And pada yang tak, jangan lah putus asa, SPM tengah tunggu anda jee. Acehh, tapi tahun depan turn scha pulak. Sekarang tengok orang dulu. Hehee..  Mood skolah datang kann. Azam tahun ni tak berjaya selesaikan, bermakna azam tu akn ada jugak pada 2012. RAJIN, RAJIN! huhuuu

1322738833394746_large


Korang semuaa, share la result korangg sama ;D

Ahad, 18 Disember 2011

Pantai Merdeka

   





Disebabkan entri ni berkaitan dengan Pantai Merdeka, aku dah sediakan lagu pantai merdeka tu kat korang semua. khas untuk pembaca entri ni. eheheh. 

Haritu, 11 Disember kitorang budak2 form 3 n form 5 tahun  depan ada pegi kem kat Pantai Merdeka. Dua hari je. Kem ni pon aku tau dah last minute. Cikgu bagitau yang orang tak cukup, aku pon call lah kawan2 ajak pegi. Mula2 nampak macam nak pegi holiday je. Camp tak nampak pon. Haha. Act, kem motivasi je ni. Tapi best, Syahduu ah kat pantai pulakk. 





Sorry kualiti gambar tak elok. Edit pon sukati je. Ehehe :')



Tak jauh mana pon pantai ni, sebab dalam Kedah jugak. Tapi dalam bas tu bukan main karoke sampailahhh depan pintu gerbang Pantai Merdeka. Haha kakak2 form 5 memang sporting habis, tak senyap punya lah dengan diorang. Ohh tiba2 aku rasa aku budak2 gila. Kehkeh. Macam biasa je lah kem motivasi kan, TAPI. haa kem ni takdenye nak sedih2, menangis2 macam kem2 motivasi yang lain. Kalau sebelum ni aku pegi pon asyik menangis je. Haha memanglahh masa tu rasa insaf gila. Rasa balik ni memang nak usaha betul2 lah, nak jadi budak baik. Tapi sehari dua je, pastu lupa lah. ekeke. Nak buat macam mana kann.. Wuwuu



Tapi kem motivasi kali ni. Dengan dua orang cikgu. Dua2 lelaki dan diorang memang sangat2 sporting. Gila pecah perut aku ketawa. Kelakar bila ingat balik, memang klakar gila lahh.Enjoyy sangatt. Tapi dalam lawak2 diorang tu, ada point nya. Ada benda yang diorang nak cakap. AND macam tu lah aku sukaa. Haa ni main dgn nangis2,slow, sape tak boring kann. Ni semangat lah jugak aku nak dengar. Hehee memang best. 



Aktiviti seterusnya pulak ialah dengan Encik Fathi Alias yang bertajukkan Peta Minda. Maknanya cara buat peta minda lah. Tapi dengan cara yang lebih berkesan. And yeah, aku dapat ilmu baru. :) Petang tu pulak, bebas lah, main2 mandi manda dekat pantai kan. Hoyeah memang best gila. Bukan main photoshoot lah. Haha. 



Aku takmau cerita pasal aktiviti tu dah, Yang paling best tu masa mandi manda kat pantai tu lahh. DAN, tak sangka pulak yang petang tu kitorang ada aktiviti dalam basah2 tu. dekat pantai merdeka kan ada tembok kat atas tu. kitorang kat bawah, so orang2 kat atas tu tengok kitorang lah. Haha memalukan bila kena buat tepuk macam2 jenis depan2 orang ramai. Mula2 memang lah, pastu tepuk tak tepuk. Semua bantai jee. Macam cikgu tu cakap, Biar kita control pantai merdeka ni. Haha syiokk ah. Kelakar pulak tepuk tu, dengan gaya badan yang tak boleh blah. Haha.. 




Candid. Aku meeemang suka gambar candid! 





Petang tu, diorang bagi macam batang paip tu. Lepastu benda tu ada 18 lubang2 kecik lah. And ape yang kitorang perlu buat adelah buat lah macam mana pon asalkan bola ping pong tu timbul kat atas. Ofcos la masukkan air. Lepas tu bukan main semangat tutup lubang2 tu semua. Kaki tangan semua perlu. Haha. nasiblah agak ramai dalam satu kumpulan, kalau tak, jenuh. Ada yang tukang amek air, scha tukang tutup je. pastu jerit2 suruh orang cepat. Haha. 







Lepas tu kan, bola pingpong tu memang dah naik dah lah. Dah nampak dah. Masa tu kami lah kumpulan first yang berjaya. Ecehh. Elokk je cikgu tu nak tengok, ada yang terbukakkan lubang tu, and bola tu pon hilang lah dah air semua keluar. Ohh sadisnyaaaaa, Baru nak happy kann. Excited nih :'( Bukan main yakinkan cikgu tu yang kitorang dah dapat buat. tapi takde bukti kan. Sobss. Last2 jangan kata berjaya, kami lah kumpulan last yang dapat timbulkan bosa tu. Huhuu. Tapi best laa, happening habes. 








Senaman ni pagi hari ~



















Blablabla : Cuti skolah dah nak habis. Cepat je masa berlalu berlalu :'(

Jumaat, 9 Disember 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay



yuhuuu, lamanya tak join mana2 GA. Tapi kali ni, kak Nisa Kay yang gojes buat GA yang bukan sebarang giveaway okehh. Korang semua dah join belum? Join la cepat. Rugi sangat2 tau kalau tak join. Mana tau ada rezeki korang ke. Sebab hadiah2 dy meletopp ohh. Bukan sikit tapi ada lebih kurang 90 hadiah tu. Haa amacam? Best kann? So ape tunggu lagi, cepat buat entri skarang jugak! Hehe

Ni pulak senarai sponsorship nya. Banyakk kan?



DAN untuk senarai hadiah pulak boleh kelik link kat bawah ni. 



So.. dah tengok hadiah? Menarikk gila kann? Tak kira lelaki atau perempuan memang korang patut join giveaway ni. Due Date 31 DISEMBER. so banyak masa lagi.. Jangan lupa join tau! Join ramai2. Untuk join korang boleh klik banner kat bawah ni. 


Akhir kata,

Harap2 la aku dapat. Sebab seumur hidup tak penah lagi menang mana2 GA. sobss

JAMBORI MALAYSIA KE 12 & TERENGGANU INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE 2011







Yeahhh, happynyee dah sampai Kedah! Seminggu dok ganu, dalam kebasahan. 19 - 25 NOV. Tapi best gila oh, Kontigen Kedah menang Persembahan untuk Malam Kebudayaan and Pintu Gerbang. Bangga ohh. Haha. Memang banyak ah yg nak diceritakan, nak type entri ni pon semangat. Hihi. Act, scha balik 2,3 hari lepas. tapi xsempat nak siapkan entri ni. busy sikit. eheh

Mula-mula kitorang berkumpul kat Pendang. Naik bas kat sana. Mula2 pon dah happy sebab kitorang daerah Padang Terap naik bas tu lebih kurang 16 orang je. Sorang 2seat. Syok ah. Puas tidur sementara nak sampai Terengganu tu. bertolak dalam pukul 11 pagi, sampai campsite pukul 9lebih. Letih gila duduk dalam bas. Perasmian oleh Agong. tapi masa tu, kami tak p lagi.

 


Scha dapat kumpulan hijau, Aktiviti first ialah aktiviti air. Kitorang pegi naik trak ohh. Haha. Dalam masa tunggu turn nak naik trak tu, hujan lebat gila. Dekat Sejam lebih jugak lah tunggu, jauh jugak dari kem Telaga Batin tu.


Ni masa nak tunggu trak tu. habis basah lencun dah. tu belum buat aktiviti lagi. 







best ohh nak trak! Hahah

Aktiviti air semua ada 4kot. Kayak, Rakit,Menyelamat,Merentas Sungai. Kena buat 3 daripada 4. Kitorang beratur nak buat kayak, tapi ramai sangat. tak jadi lah. pastu buat rakit, rakit dalam hujan lebat tu. Sejuk gila, macam kat oversea. Memang menggigil lahh, sejuk sangat. Tapi papepon enjoyy. Haha






Scha dah hilang idea nak update apa. Tulah, selalu macam ni. Lain kali kalau ada idea, kena update terus. bila tangguh, ni lah jadi. terkebil kebil depan laptop. eheh. Tapi kan. scha bangga lah pegi sana sebagai negeri Kedah. Kawan2 semua happening gila. Even daerah kami yg paling sikit. Tapi kat sana je, cepat je dapat geng. Tapi kann. hujan spoil sikit lahh.. Sebab ape, nak keluar pegi bergambar pon susah sebab asyik hujan jee. time tak hujan, kami ada program or aktiviti apa2 pulak. Frust gila gambar tak banyak. Jambori 4tahun sekali , 2015 pulak lah. Masa tu scha dah jadi kelana. ohhoii, lambat lagii :/

Salah satu sebab kenapa gambar tak banyak ialah..

jeng jeng jenggggggggggggggg ..



Ceritanya bermula begini.. Malam tu.. masa free, kami saja2 la baring2 dalam khemah, tunggu rokol, sebab malam tu malam budaya. wajib lah semua pegi kan. Pastu tetiba ja dengaq wisel kan. haha, ape lagi. Cari stokin, cari kasut, skarf, tag nama cepat2. pastu aku pegi dulu. tinggal lagi 2 orang dlm khemah. Pastu diorang mai, cakap. wehh, khemah takleh tutup. tali tu silap pg ikat mati. Adehh, masa tu dah risau dah. sebab takut hujan satgi.. Pastu, takpelah. Tunggu abang2 Kelana tu habis cakap, ingat lepas tu la nak pg tutup. dengan camera, handfon semua tak letak dlm plastik pn..

Tiba-tiba.. Hujan. bukan hujan renyai2, hujan lebat punye. Aduhaii, hati ni dah gelisah dah. Nak bagitau abang2 tu, tak berani. haha. Mana dok pikir khemah masuk air, handfon, camera semua tu.. Pastu kitorang nak bagitau, tetibe guruh kilat semua and letrik pulak takde. Ya Allah, dugaan2.. Lama jugak lah takde letrik, scha dk pikir bile lah nak habis.. tak brani nak balik khemah dgn hujan lebt, guruh kilat semua ni.. Pastu dah nak bertolak dah ni, pegi dewan utama untuk malam budaya. Kami bagitau nak pegi tutup khemah. Sampai2 je kat sane.. jeng jeng jennngggggggggggggggg~

.......................................................................................................................................

Sekali dah runtuh daaa.. Kalau ikut takde beg, tak letak pancang. rasanya khemah tu dah melayang sampai kedah dah. Haha. Memang spoil sangat2. yelah malam tu nak pg tengok Malam Budaya. Lagi bersemangat sebab Kedah menang persembahan malam budaya. Tup2, khemah jadi macam tu. Sobs sobsss.. Tapi takpe, scha just pg amek camera hp semua tu, bukak segala isi2 dalam tu biar kering sikit. Alhamdulillah lah kan boleh guna. Tapi bt fon satu tu dah habis. Camera pulak memang lens dy dah rosak dah. Sebab tu lah tak banyak sangat gambaq kitorang! hari first2 tu je banyak.


Tapi, tapi, malam tu pegi jugak lah tgk Malam Kebudayaan. Elok dah sampai sana, orang memang dah ramai. Kontigen Kedah pegi berdiri depan2 jugak. Nak bersorak nih! Haha. Tungu punya tunggu, kedah last skali lah sebab juara kann. Pastu datang ada persembahan lagu Cinta Muka Buku pulak. ape lagi, nyanyi punye nyanyi. riuh satu dewan. Lupe kejap pasal dok pk malam ni nak tidoq mana, pasal khemah yg dah runtuh tu.. Huhu. Mau tak ramai, dekat 12ribu peerta Jambori kali ni.
..........................................................................................................

Tapi ok la, balik2 tu. kami pasang balik khemah tu, nasiblah ok. Tapi dah jadi kolam dah kt dlm tu. lap punye lap. bekerjasama lah 4orang kami. haha. Tapi yg penting, pengalaman! Memang terbaik lah jambori kali ni! Yg bestnye jugak, lagu tema jambori bukan main best lagi. mula2 macam kalakar je lagu ni. Lama2 jadi best pulak. Haha. menjadi kegilaan budak2 jambori. Bukak je lagu ni, bukan main syok. Haha..










Haa, amacam? Syokk kann? Hihi. yg lain2 tu. aku malas nak cerita dah. Sebab dari hari 2,3 hari lepas lg siapkan entri ni tak habis2. haha. biar gambar je lah yg bercerita eh? Korang jangan jelesss~





Comel gilo dy ni kan? Kazakhstan. Macam barbie! Credit to Ckgu Sharani.













pintu gerbang kebanggaan aku~



 ruang pameran kontigen kedah






ni pintu gerbang dari arah dalam / blakang .





GUNUNG JERAI di terengganu~





oklah. tu saje untuk kali ni! And kalau korang perasan aku balik 25 Nov lagi. Cuma tak sempat nak publish. Hehe. Papepon jambori kali ni memang best gila! Lagi 4tahun dengar macam dekat KL. yeahh, confirm aku ade, tapi sebagai Kelana lahh! Heheh byebyee XOXO!

Akhir kata,

"Once a SCOUT, forever a SCOUT."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...