Sabtu, 4 Januari 2014

JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE 2013

Rasanya memang agak terlambat dahh utk update entri tapi kira okay lah kan update jugak. hehehe. Lepas minggu last sekolah aku, aku terus rasmi cuti dengan p jambori dekat johor yeayy! Sapa2 ada p jugak? Seeppp2! Hee tujuan utama p ni bukan apa, excited nak jumpa dgn geng2 yang p jambori kat hatyai. So tu jelah niat awalnya, nak jumpa member2. Hee

Oke la jambori tu, cuma dah pernah p jambori hatyai, jambori tu dah best gila, so maybe la expectation utk JIJ ni tinggi sikit tapi tetap oke la, aku sebagai peserta enjoy jerrr, walaupun macam2 dugaan haa kat sana. Hee. Apa2pun satu nak salute gila2 utk gimik perasmian. Perghh best gila baq hang. Memang best sgt2. Aku tak sangka plak akan ada something interesting mcm tu, selalunya perasmian kan ucapan2 ja.

Koranggg, kalau ada masa tengok la video gimik perasmian ni. Lagi2 sapa2 yang pengakap tu. Hee best sangatt!!



Amacam? best kann. Satu ja kureng sikit JIJ ni dari segi toilet2 ni haa. Hari kedua sebelum nak balik baaaru aku tau ada toilet kat blakang tu. sebelum ni kalau nakp toilet bukan main susah lg. Dahla tapak aktivit dgn campsite jauh gilaa. Kira okay la, exercise. Hee

Kedah ke Johor. Pergh berapa belas jam dalam bas tu, sampai taktau nak duduk camna dahh. Sampai malam dah dalam pukul 12 kot lepastu takleh nak naik atas psg khemah lg sebab hujan, tahan semua mmg berselut habis lahh. Malam tu tido ramai2 ja bawah khemah yg besar tu. Yg bestnya lps dah siap angkat barang dari bas, terus g lepak dengan budak2 kontingen kedah yg p jambori hatyai. Rindu gila. Serious rindu sgt kat depa. 

Malam tu dok lepak2, rasa dah kembali dah suasana kat hatyai haritu. hee lain ja rasa bile kumpul ramai2 balik. Memang kenangan sgt. Kenangan terindah laa. Lepastu xdan nak lepak lama2 tuan badrul dah suh p tido. sobs baikk, kami hanya mengikut arahan. 

Esoknya pulak, aktiviti semua tak bermula lg sebab banyak negeri belum sampai. Yela, negeri2 yg dekat2 ja semua bertolak hari tu ja. Hari tu pulak kami kemas2 campsite. Agak geram jugak la haritu, buat kerja dengan panas gilaa tu. Penat sgt2. Biasala belum start. 

Petangnya pulak, kami dah bole kuar jalan2 kat bawah bila dah siap kemas. oohhh lupa nak bagitau kem ni berlangsung di Hutan Bandar Kulaijaya, Johor yang tuan2 dan puan2.

Ni lah member2 jambori hatyai yg aku maksudkan tu. Dari kiri aku, syera dari yan, tudung kuning dgn purple tu adik beradik yang sat2 gaduh sat rapat gila2 najwa dgn anis yg memang tiap kali jambori kalau tak nampak muka depa memang tak dah laa, next farah dari yan. Ni pn sama gak tiap kali jamboree ada muka dia. Sebelah dia tu adek dia.


Macam reunion dah la kiranya walaupun bukan semua dapat kumpul. Petang2 lepas amek angin dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa memang best sangat2 sambil tengok orang lalu lalang.. Hishh la ni pn tgh rindu gila kat suasana macam ni..


Kat situ semua dari kedah kecuali busu dari terengganu. hee busu yang gambar tengah yg kat bawah sekali tu. Dia lah member jambori hatyai yg pertama kami jumpa selain dri kedah laa. So petang2 lepak sembang..


Dah habis lepak2 kami g cycling pulakk. Hee


Lepas cycling semua, geng2 hatyai kedua kami jumpa lepas busu ialahh jeng jengg, mira idora, aryscha n izzaz dari selangor! Kemain riuh lagi masa nii.


Esoknya bila aktiviti pn bermula, macam2 gila dugaan. Scha group 2 kot. Aktvt first kami buat yg kena p semua pameran2 kat booth2 bawah tu. Then boleh pulak passport hilangg. Nayaa aihh. Dgn panas semua, pastu pakat cari balik , memang tak la nak jumpa dengan beribu2 orang tu. Masing2 pakat risau taktau nak bagitau camna kat cikgu. Hee Nasib baik ada azim, asyraf tu. 


Disebalik gambar ni lah kejadian2 tu berlaku. Masih mampu tersenyum. hee


Sekitar aktiviti. Ada banyak sgt aktiviti. Jamb kali ni tak ikut sistem base so yang mana korang berminat nak buat, pegi jee. Yang xmau, xyah.


Suka baju JIJ ni sebab selalunya baju2 jamboree semua logo kat belakang, pakai tudung so memang tak nampak la. Ni logo kat depan nampak la jugak.. Masa ni memang penat gila.. Nampak sgt muka letihnya.. hee


Masa ni jalan2 kat Danga Bay. Cikgu2 bagi keluaq sat. Hari kedua sebelum balik kot kalau tak silap. Esoknya kami keluaq jugak, p LEGOLAND! yeahhh lagi besttt. Hee


Haa kenal tak sapa diatas? Hee mesti kenal kan. Zul Huzaimy wehh. Dia pn pengakap jugakk. Pengakap perak. Hari2 jumpa dia. Smart jugak pakai uniform pengakap. Tu gambar yg besar tu cer cari dia. 


Masing2 kat tangan pegang makanan. ehehe tiap petang turun bawah p beli fries rm2, nugget rm2, milo ais rm1. kuikui sehari xtau berapa hari rasanya. 

Oke tu jelah kot aku nak cerita pasal JIJ. Tahun ni aku bole p jambori setakat bulan 5 ja lepas tu slow dah kokurikulum, nak focus spm. Bulan 5 tu pn jambori putrajaya la jawapannya. Oke lah, last year dahh. Pasni nak amik kelana pulak. Dengaq cerita tahun ni ada lebih kurang 5 jambori besar kot, perghh nasib aku dah puas dah p! hahaa

Hari last kat JIJ ni, aktiviti kami adalah berjimba di LEGOLAND! Wehee sapa2 nak baca klik bawah ni okehh ;)









0 Dah komen.. Anda?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...