Ampun blog tersayang.. Lambat update entri pasal ni. Masa p jambori ni tengah busy, takdan langsung tengok blog. Balik tu pn kata nak update passtu dok tangguh2 sampai la sekarang. Haha 6bulan yg lalu aktiviti ni sebenarnya..
K untuk pengetahuan semua, aku adalah seorang ahli pengakap sejati. Haha tgk header arr, logo pengakap pn ada okeh! So mana2 jambori pn selagi ada peluang, mesti ada muka aku.. Haha bak kata najwa dengan farah, cemuih aku tgk muka hg.. Kalau hg camtu, aku pun camtu laa nak kena tengok muka hampa tu. kuikui.. Jambori yg sebenarnya2 ialah dekat
Hatyai, Thailand. Yg mana jambori di memang diadakan tiap2 tahun antara 3 negara iaitu
Malaysia, Indonesia dan semestinya
Thailand.
Ni adalah latihan utk ke sana lah. Yelah nak p jambori
antarabangsa wehh, mana boleh hantaq yg cokia2 ja.. Haruslah hebat2 untuk naiklah nama
Kedah dan lagi2 nama Malaysia! Jadi, kami kat sini selama
3 hari 2 malam ja.. Kedah pulak tuan rumah utk kontingen malaysia.. So kami memang dilatih habis-habisan la.. Untuk daerah scha 2 orang ja. Scha seorang perempuan, dgn lagi sorang laki. Kedah hantaq 32 peserta kalau tak silap. Negeri2 lain hantar dalam 20 peserta sahaja.
Tempat berteduh selama 3 hari 2 malam.
Awai2 tu aku macam takdak mood gila, rasa malas sgt nakp. Dok pikir takdak geng la, pi2 tu pulak , aku paling awai sampai. Pastu sorang2 sampai. Muka langsung tak pernah jumpa. Masing2 muak kerek ja. haha ampunn. Pastu dok satu dorm, start sembang2, makan sma2, haa mula la ngam macam dah kenai setahun. Kena pulak yg kepala gila2 semua. Memang enjoy laaa..
Ni la yg aku maksudkan kepala gila2 tu. Lain2 daerah semuanya. Syera dari sik, Aku dari Padang Terap, Qilah dari Pendang dan Tikah dari Kulim. Ha kat Yan aku rapat dengan depa lah. Masa tu xngam lagi dengan budak2 kedah yg lain. Najwa tak sampai lagi..
Kat sini kami belajaq buat gadjet, walaupun dah tau, tapi kemaskan lagi. Yg paling aku tak tahan sekali belajaq Kawad! Omg. Mula2 oke ja belajaq dari peserta gak, ketua kami, Hanif dari Kota Setar. Pastu sekali Tuan Amir Nizar mai ajaq! Makk aii, kami dari kawad biasa2 sampai dah boleh wakil negeri dah haa. Hahaa sampai uniform dia yg kelabu tu bertkaq warna pn dia tetap bertenaga. Yg kami ni ya ampun, bila nak habis. Sehari berapa jam kawad tengah2 panas tu. Dia maintain ja. Yg kami, muka sorang2 jangan cakap la. Dengan full uniform lagi. Pergh.
Tengok muka fakhri tu. Haha muka 'cemuih' buat gadjet. Ni ahli group aku. Kat thailand nanti pn aku sama group dengan Fakhri gak.
Focus gila dengar boss cakap.
Masa ni baru la kenal2 dengan kontingen kedah yg lain. Masa icebreaking tu memang syok gila lah. Dari x sembang langsung sampai dah macam 1 family dah.. Aku takleh lupa Hanif yg baling tali tu kat aku. Haha pastu aku pass kat helmi.
Makan sama2 macam ni memang best kan. Yg tak sedap pn jadi sedap. Aku rindu gila kat hampa semua wehhh
Memandangkan kontingen kedah jadi tuan rumah utk kat thailand nanti, kami pn kena la bwk segala peralatan dan kemudahan yg secukupnya untuk kegunaan 9hari di hatyai. Masa budak2 lelaki semua p sembahyang jumaat tu ingat boleh rehat, sekali tcer amalina panggil basuh barang2 dapur plak.. Dengan malasnya p la main ayaq tengah2hari buta tu..
Best jugak buat kerja ramai2 ni. Hee
Me wit qilah. Aku rasa bersyukur gila dapat kenal hampa semua. Qilah ni la yang dok belek iphone aku. Dok jaga pou. Tiap hari dia dok belek pou tu. Bila balik dari kem terus pou aku tak terurus. haha.
Tu saja yg aku nak ceritakan untuk aktiviti kat Yan. Nanti next entri aku akan update pasal Latihan Kontingen Malaysia pulak kat UUM,Sintok,Kedah. Kat sini, semua kontingen negeri dari seluruh malaysia akan berkumpul kat uum. 3 Hari kat sini dan terus bertolak ke hatyai hari keempat tu. Lepas tu aku akan update pasal entri Jambori Hatyai pulak ye selama seminggu. Nantikann!!