Isnin, 30 Disember 2013

IM BACK!

Wehee seminggu tak berblogging! Harini dah 30 december 2013, jadi aku malas nak update apa2 haha. boleh kan. Sebab nak update start 2014 ni terus. So ni la entri terakhir utk 2013. Apa2pun, banyak benda baru aku belajar tahun ni. Ada positif ada negatif, n semuanya bg pengajaran utk aku. Terima kasih utk semua yg terlibat dlm menceriakan 2013 aku ni yee. hee.

Ehem mood gedik sat. Utk khai, iloveyou. Hehe thanks utk semalam. Happy sgt. Skype tapi bercakap guna fon. ehehe PJJ cemni la kan..

Nampaknya tahun depan aku kena bertukar bilik duk dgn adek aku yg darjah 5 tulahh. sebab roomate dia , angah adik aku yg form 1 tahun depan dok hostel smkdsa, amy tu penakut gila so kena la tidur ngan dia. haih takpe2.Utk angah, selamat menjadi pelajar asrama ye, selamat belajar buat kerja sendiri. Kt rumah memang harap la nk tgk angah buat kerja. hee

Apa2pun, tadi dah start skolah dah sebenarnya , p cuci2 kelas, bersih2 kelas, siap dah semua. Hal2 lanjut nanti tahun depan lah aku cerita k! haha


chow, jumpa tahun depan. hee :*

Isnin, 23 Disember 2013

Laptop Problem

Ok sorry semua scha tak sempat nak balas kunjungan korang, reply komen dan singgah balik yg tinggal jejak kat shoutbox sebab sebab laptop rosak!! Waaaa. Memang tak best kalau nak laan blog guna Samsung note 10.1 tu, tak puas macam guna laptop. Huhu. Setakat check komen n bla2 boleh laa. Thank yg sudi singgah dan follow oke!
 
Once everthing dah ok scha akan update. Hee buat mcm ada pulak yg ternanti2 pulak kan. k chow :*

Rabu, 18 Disember 2013

Scha conteng-conteng

Dah lama dah scha tak conteng2 sebenarnya. Scha masa sekolah rendah dulu suka sgt melukis. pastu makin lama makin malas. Sesekali bosan ada la jugak. Scha perrrnahh bercita2 nak jadi fashion designer dulu. Lagi2 lepas slalu dok main game dressup kat didigames tu. Tengok fashion designer kesygan scha mcm hatta dolmat semua sketch tarik2 camtu ja. Teringin gila nak pro camtu!

Nak tengok hasil2 scha conteng? Biasa2 ja sekadar hilangkan bosan dan memang

im a dreamer.. hee


Main lukis je haa. Kadang2 nak lukis lain, lain pulak jadi. Dalam kepala ni mcm2 idea ada tapi tak terrluahh lg melalui lukisan.

 
 Komen sikit? Ehehe


Ni jelah hasilnya. Oke la bg scha. ekeke.. Dah lama ha tak buat camni, ni pn dok belek2 folder picture kat laptop ni terjumpa gambaq ni tu yang terus update. Kalaulahhhh boleh jadi fashion designer bebetul. perghhhhhhh

Impianku dah Tercapai!

Impian apa tu schaa? Haha impian masa zaman budak2 la haa. Scha dan family duk umah dgn tok n tokwan dulu. Sampai scha darjah brp tah. Kat umah tok tu ada kedai runcit, scha selalu la tolong2. Pastu scha suruh tokwan beli mesin cashier tu. Haha sebab scha teringin sgt nak tekan2 benda tu. P supermarket memana tengok akak tu tekan2 macam best jerr.

Pastu wan kata, hishh xkan orang beli aiskrim satu nak kira guna tu kott, kicap 1 sos 1. Haha scha suruh beli sebab senang nak kira. Masa tu budak2 lagi la ha tapi scha ingat lagi. Hee mmg rasa frust gila masa wan kata xmau beli..


Dan sekarang..
My dream comes trueeeeeeeeeeee!!!


Sekarang scha dah boleh main benda alah tu! Haha perak mung schaa. Parents ada budak kedai stationery kat kg ni 2011 aritu, tu yg boleh main tu ha. Ni waktu cuti camni mmg ni la rumah kedua scha. Jaga kedai dengan hany. Sambil2 jaga sambil baca novel, sambil study. Nak baca novel dah habiss dah semua dah baca. Dok belek buku biology utk tahun depan. Xtau kenapa semangat sgt. Haha


Akhir kata,tulah impian budak2 scha. Best oke tekan2 benda tu. kahkahh choww

Result PMR

Haa mesti adik2,korang2 yang tengah menanti 19 Disember ni tengah dupdap2 kann. Hee scha dah lepas dah sebenarnya. Cuma teringat waktu scha tunggu result tahun lepas. Harini memang tak rasa apa2 langsung lagi la. Esok nak amek result pn macam biasa ja lagi, tapi bila sampai ja hari yg ditunggu2 tu, mak beli nasi lemak plg sedap di dunia yg feveret scha pn scha makan semulut ja. Makan xlalu dahh wehh fikir apa nak jadi satg. haha!

Tapi, alhamdulillah la scha dapat 7a utk pmr. Math scha dapat b.. Scha takla berharap sgt hari tu, tapi scha jenis yg percaya pada kata hati scha, sebab hati scha mmg jarang la salah. hee cool je haritu, malas nk berharap sbb takut tak dapat. Tapi dengar2 je nama shah nur aryana dipanggil masa tu rasa mcm ohmyy. Macam kena pukau. Jalan ja naik pentas , amek gambar. Aku pn dah lupa macam mana aku senyum masa tu. haha.



Scha tak mula study dari awal tahun pn. Main ja banyak. Trial pmr pn scha dapat 1a,4b,2c,1d.. Ha semua lengkap. Lepas trial tu baru scha start study sbb scha sukakan cabaran! Tambah2 lagi dok nampak je hadiah nu haa. Hee

Cara scha study?
Aku skolah kat skolah harian biasa ja kat kawasan yg agak terpencil, so aku memang diantara budak target la, jadi sekolah bg km study dalam bilik mesyuarat lepas balik skolah. Sampai la pejabat tutup. So hari2 lepaas trial aku dengan kawan2 p la bertapa kat bilik tu. Selalu balik skolah kul 2. Scha sambung sampai kul 5.

Balik rumah memang tak study la sebab dah penat, so malam scha tidur agak awal la. Dalam pukul 10 scha tido dah, TAPI scha bangun study kul 1.30pagi macam tu. Masa tu masa plg scha suka, takde gangguan apa2, sambil ditemani lite fm.. Masa dah study tu baru laaaaaaaaa ayat2 ni terkeluar dari bibir aku...


"Laaa, awat senang sgt. Kalau tak senang dari dulu dah dapat result ok"

'Laa, soalan dia sama ja pn, ulang2 ja."

"Ya Allah, yg ni ka yg aku anggap susah sgt dulu??"


Ha lebih kurang camtu la. Dok pikir susah, susah. Padahal takla susah mana pn.. Satu lagi cara scha study yg bg scha lah, buat scha improve ialah dgn cara ulang2 soalan yg sama. Scha beli buku latihan banyak2, tapi tak jawab dalam tu. Jawab dalam buku lain, so boleh ulang2 jawab. SEBAB mmg soalan pmr yg sama ja, bila scha tenngok buku latihan yg koleksi soalan2 tahun2 lepas tu kan, yg start dari tahun 2005. Baru tau soalan dia pusing2 camtu ja , senang nak tackle soalan. Baru la minat nak belajar!

Hee teringat pulak kenangan lalu.. Lagi berapa hari ja lagi scha akan jadi budak spm dah. Macam susah ja. Wuu sebab scha agak slow dalam subject2 sc tu dannnn addmath jgk. Tapi cuti skolah ni scha dah start baca baca bio sikit2, buat nota sikit, harap2 semangat nak belajar tahun depan tak hilang2!

In a nutshell, semoga berjaya ya adik2. Takpe kalau tak dapat result yg cemerlang pn, sebab nanti bila dah form 4, semua dah lain. Tak ok pmr bukan pengakhiran segala2nya. SPM menanti nu haa. Redha dan terima jelah apa2 keputusan pn nanti, dah try the best kan. Hee stay cool ;)

Selasa, 17 Disember 2013

Hadiah Giveaway dah Sampai!

Yeayyyyy alhamdulillahh.. Scha ada join GA dari kak Mialiana aritu. Lepastu lepastuu ada rezeki pulakk. Hee scha ada menang GA tu dan hadiah dia sgt2 menarik okeh. Dapat trial set Ephyra yg bernilai RM68 kot kalau tak silap. Alhamdulillahh,bukan sikit tu nilai dia nak dibandingkan dengan sekadar join GA tu. hee


 Best feeling ever bila nampak posmen mai umah. Ehehe lagi2 aku jenis suka shopping online kan, so keja tunggu posmen jaa.


Kotak dia pn dah lawaa oke. Elegant giru. Dah la favourite color! 




Scha bagi mak yg try produk ni.. Hee apa2 pun nanti scha review psl produk ni orite. Thanks agak kak mialiana. Jom singgah blog kak mialiana. SINI
 

 

Sabtu, 14 Disember 2013

ENTRY THROWBACK: Latihan Pusat Kontingen Kedah sbg Persediaan ke Jambori Sempadan @Hatyai

Ampun blog tersayang.. Lambat update entri pasal ni. Masa p jambori ni tengah busy, takdan langsung tengok blog. Balik tu pn kata nak update passtu dok tangguh2 sampai la sekarang. Haha 6bulan yg lalu aktiviti ni sebenarnya..

K untuk pengetahuan semua, aku adalah seorang ahli pengakap sejati. Haha tgk header arr, logo pengakap pn ada okeh! So mana2 jambori pn selagi ada peluang, mesti ada muka aku.. Haha bak kata najwa dengan farah, cemuih aku tgk muka hg.. Kalau hg camtu, aku pun camtu laa nak kena tengok muka hampa tu. kuikui.. Jambori yg sebenarnya2 ialah dekat Hatyai, Thailand. Yg mana jambori di memang diadakan tiap2 tahun antara 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan semestinya Thailand.

Ni adalah latihan utk ke sana lah. Yelah nak p jambori antarabangsa wehh, mana boleh hantaq yg cokia2 ja.. Haruslah hebat2 untuk naiklah nama Kedah dan lagi2 nama Malaysia!  Jadi, kami kat sini selama 3 hari 2 malam ja.. Kedah pulak tuan rumah utk kontingen malaysia.. So kami memang dilatih habis-habisan la.. Untuk daerah scha 2 orang ja. Scha seorang perempuan, dgn lagi sorang laki. Kedah hantaq 32 peserta kalau tak silap. Negeri2 lain hantar dalam 20 peserta sahaja.

Tempat berteduh selama 3 hari 2 malam. 

Awai2 tu aku macam takdak mood gila, rasa malas sgt nakp. Dok pikir takdak geng la, pi2 tu pulak , aku paling awai sampai. Pastu sorang2 sampai. Muka langsung tak pernah jumpa. Masing2 muak kerek ja. haha ampunn. Pastu dok satu dorm, start sembang2, makan sma2, haa mula la ngam macam dah kenai setahun. Kena pulak yg kepala gila2 semua. Memang enjoy laaa..


Ni la yg aku maksudkan kepala gila2 tu. Lain2 daerah semuanya. Syera dari sik, Aku dari Padang Terap, Qilah dari Pendang dan Tikah dari Kulim. Ha kat Yan aku rapat dengan depa lah. Masa tu xngam lagi dengan budak2 kedah yg lain. Najwa tak sampai lagi..

Kat sini kami belajaq buat gadjet, walaupun dah tau, tapi kemaskan lagi. Yg paling aku tak tahan sekali belajaq Kawad! Omg. Mula2 oke ja belajaq dari peserta gak, ketua kami, Hanif dari Kota Setar. Pastu sekali Tuan Amir Nizar mai ajaq! Makk aii, kami dari kawad biasa2 sampai dah boleh wakil negeri dah haa. Hahaa sampai uniform dia yg kelabu tu bertkaq warna pn dia tetap bertenaga. Yg kami ni ya ampun, bila nak habis. Sehari berapa jam kawad tengah2 panas tu. Dia maintain ja. Yg kami, muka sorang2 jangan cakap la. Dengan full uniform lagi. Pergh.


Tengok muka fakhri tu. Haha muka 'cemuih' buat gadjet. Ni ahli group aku. Kat thailand nanti pn aku sama group dengan Fakhri gak. 


Focus gila dengar boss cakap.

Masa ni baru la kenal2 dengan kontingen kedah yg lain. Masa icebreaking tu memang syok gila lah. Dari x sembang langsung sampai dah macam 1 family dah.. Aku takleh lupa Hanif yg baling tali tu kat aku. Haha pastu aku pass kat helmi. 


Makan sama2 macam ni memang best kan. Yg tak sedap pn jadi sedap. Aku rindu gila kat hampa semua wehhh


Memandangkan kontingen kedah jadi tuan rumah utk kat thailand nanti, kami pn kena la bwk segala peralatan dan kemudahan yg secukupnya untuk kegunaan 9hari di hatyai. Masa budak2 lelaki semua p sembahyang jumaat tu ingat boleh rehat, sekali tcer amalina panggil basuh barang2 dapur plak.. Dengan malasnya p la main ayaq tengah2hari buta tu..


Best jugak buat kerja ramai2 ni. Hee


Me wit qilah. Aku rasa bersyukur gila dapat kenal hampa semua. Qilah ni la yang dok belek iphone aku. Dok jaga pou. Tiap hari dia dok belek pou tu. Bila balik dari kem terus pou aku tak terurus. haha.


Tu saja yg aku nak ceritakan untuk aktiviti kat Yan. Nanti next entri aku akan update pasal Latihan Kontingen Malaysia pulak kat UUM,Sintok,Kedah. Kat sini, semua kontingen negeri dari seluruh malaysia akan berkumpul kat uum. 3 Hari kat sini dan terus bertolak ke hatyai hari keempat tu. Lepas tu aku akan update pasal entri Jambori Hatyai pulak ye selama seminggu. Nantikann!!

Jumaat, 13 Disember 2013

Life Is Cun dah Berheader Baru!

Fuhhh, letih baq hang.. Boring dah scha tengok header lama tu , memandangkan memang takdak keja ni scha pn godek2 la photoshop tu. Daan taraaaaaa siap la header baru untuk blog kesayangan ni. Amacam? Komen sikit? Ehehee

BEFORE


 AFTER



Komen korang? Before or after better? Hee. haa scha memang tak ambek tempahan ye sayang2 semua.. Bukan sebab apa, sebab scha tak reti nak buat kat org. Takut tak sampai citarasa yg orang nak. Scha buat kat scha sendiri takpela sebab ikut apa yg scha suka. Hee till then, chowwww

"Apa hukum pakai telekung warna2"

Nahhh, DEEP! I couldn't agree more! Selalu aku jumpa kes ni kat timeline. Sila sila la baca.. Jgn skip. Luangkan sedikit masa anda untuk baca tentang kes ni. ehehe.. Aku just C&P dari status kokping ye. (Fynn Jamal)



ada orang share printscreen di newsfeed aku.
keratan soalan dia pada seorang ustazah.
"apa hukum pakai telekung warna2".

sebelum aku panjangkan,
besarlah harapan aku kalau apa yang aku borakkan sebentar lagi dilihat dari aspek seorang manusia yang masih dalam perjalanannya ke arah yang lebih elok.
aku bukan agamawan.
dan aku wallahi tidak ada niat hendak menegur mana2 tokoh agama.

cuma aku perlu luahkan ini semua.

jujur.
namun tidak relevan sama siapa2.

minta maaf cakap--
tapi kita terlalu suka menyukarkan keadaan. mencari komplikasi. munyusahkan benda yang dasarnya tidak pun berselirat mana.

"ustaz, apa hukum beli tupperware pada kawan saya yang berniaga MLM?"
"ustazah, macammana pandangan ustazah tentang suami nak kawen lain tapi isteri tak bagi tapi kawan dia cakap dia tak kawen pun lepas tu isteri kawan suami dia pulak cakap dia dah kawen?"
"al-fadhil, apa pendapat al-ustaz al-fadhil berkenaan hukum membeli starbucks untuk disedeqah kepada anak2 yatim?"

haih…
*geleng kepala*

percayalah.
kadang2 aku rasa baca sesi soaljawab di page ustaz2 dan ustazah2 lebih kurang sama sahaja frustasi yang aku dapat dari membaca komen2 di web gossip artis.

kecewa.
"takkan MACAM NI fikiran masyarakat aku?"

ambillah pengajaran dari kisah bani israel dan nabi musa as terdahulu. demi mencari seorang pembunuh dikalangan mereka, allah meminta dikorbankan seekor lembu betina.

benda boleh settle.
lembu. betina. sembelih.
tu je.

tapi taaaaaaak.
nak kaler apa.
nak umur berapa.
macam2.

kalau tanya sekali harung takpe. tanya satu soalan. pastu dah jawab-- tanya lagi. pastu jawab lagi-- eh dia bagi soalan lain lagi.

dah satu hal nak kena cari lembu betina-- tak tua tak muda-- warna kuning tua-- orang suka tengok-- tak pernah bersawah-- tak pernah membajak-- tak cacat-- tak ada belang. dah lah susah carik. bila dah jumpa-- tuan lembu taknak jual pulak. "kalau nak beli", kata dia, "harga dia macam seluruh kulit dia disalut emas".

dah satu hal.

aku tak cakap "jangan banyak tanya". tidak. tapi aku nak tegur. korang menakutkan orang di luar islam. yang tidak faham sebenarnya agama ini mudah dan memudahkan.

korang menakutkan orang dengan soalan2 korang.
macam PAYAH SANGAT nak buat baik.
macam MAHAL SANGAT kedudukan korang yang lahir2 tuhan izinkan jadi muslim yang baik.

berbalik tentang telekung tadi.
apalah salahnya orang nak solat dengan telekung warna aiskrim paddle pop pun?
dia NAK SOLAT.
kenapa kau dengki sangat dengan telekung dia?

alasan "mengganggu solat" yang korang pakai--
wallahi bagi aku kedengaran bodoh.
ye.
bodoh.

aku tak taulah macammana kau nak solat nanti bila kau ada anak.
sebab dengarlah cakap aku.
waktu solat LAH waktu anak kau nak bergayut kat telekung kau, melalak nak susu, main dekat2 dengan plug acah2 nak cucuk pakai jari.

kenapa kau tak tanya hukum anak kau ganggu solat kau?

aku betul cakap ni.
korang busuk hati.
dengki.

sibuk nak cakap orang sibuk nak menunjuk.
habis yang kau menunjuk pandai itu macammana?
dia nak menunjuk-- itu dia dengan tuhanlah.
dia nak berlagak-- itu dia kena jawablah.

tapi ITU PUN kalau betul dia menunjuk-lagak.
kalau dia MEMANG berkenan tang itu?
tanpa niat lain selain "dah lama teringin"?
entah. atas whatever reasons pun--
kenapa susah benar nak redha dengan mungkin ada kebaikan dalam perbuatan dia?

husnuzzon la.

dan kalau pun telekung dia ada labuci bagai-- KENAPA kau solat nak menung tengok kerawang dan renda2 dia? KENAPA tak tunduk dan pejam mata? KENAPA tak jaga bacaan solat sampai kedengan ke lorong telinga kau sendiri demi usaha mencapai khusyu' yang paling tinggi nilainya? KENAPA tak alih ke hujung saf lagi bertentangan belah sana?

KENAPA kau lebih pedulikan telekung dia?

orang belikan anak kereta-- kau menyampah.
orang ada telekung mahal-- kau marah.
orang tu dah ada-- biarlah dia.
APA kau punya masalah?

orang2 macam kau patut keluar dari negara.
tengok budaya orang.
tengok cara orang.

kalau tak ada duit, takpe. cuba rajin2kan diri solat jemaah kat masjid2 antarabangsa. macam di PJ, di UIA, di USIM. banyak lagi. kenali mazhab2 lain selain apa yang kita biasa.

aku rasa sampai habis waktu kau tak solat.
dok memikir kenapa warna telekung perempuan afrika tu warna-warni macam kereta berarak citrawarna.
dok runsing kenapa sister dari amerika tu solat tak pakai telekung pun-- siap tangan terkeluar tak pakai sarung apa.

susah macam ni.
susah.

jangankan orang yang belum islam--
aku yang islam 'tak cukup' INI PUN kadang2 takut dengan korang.

iktibarkan dari kisah rasulullah dengan lelaki dhab suatu masa dahulu. dia mendatangi rasulullah saw dengan senjata sudah hampir mahu membunuh baginda. para sahabat dah panas hati tengok kekasih allah diperlaku demikian-- TERUS mahu membunuh lelaki dhab tadi. rasulullah saw halang.

instead of melawan dan melampias baran,
baginda bercakap dengan hemah--
menjawab segala persoalan--
terislamkan lelaki dhab tadi.
dan dan.

beberapa ketika selepas itu--
lelaki dhab yang pada asalnya mahu membunuh rasulullah saw kerana benci--
mengislamkan ribuan kafir.
antara pengislaman terbesar di zaman baginda.

*hela nafas*

niat.
niat para sahabat itu baik.
mau menjaga rasulullah sebaik mungkin.
tapi bayangkan kalau dibunuh terus lelaki dhab tadi--
RUGI beribu2 saudara baru yang dikembalikan dia pada agama allah.

kawan2,
sedarlah.
nampaklah.
tahulah.

tuhan itu maha kasih.
maha cinta.

jangan buat orang benci tuhan--
kerana kita.


Anda setuju? Aku 100% setuju dgn atas ni. 


  "kita terlalu suka menyukarkan keadaan. mencari komplikasi. menyusahkan benda yang dasarnya tidak pun berselirat mana."

Rabu, 11 Disember 2013

Cara Scha Aryana Layan Perasaan

Sadness by lipflowerX on deviantART


Kuikui kemain tajuk. Aku bila sekali takdak mood, duduk pn rasa tak senang.. Sometimes, there's nothing going wrong, but you still feel moody. Ha hmpa pn mesti pernah rasa macam tu kan? Selalunya apa yg hampa buat kalau moody? Dengar lagu? Blogging? Ok jom tengok cara scha! hee


TUMBLRING
Ni paling aku suka.. Caranya cuma scroll home, pastu mana2 quote, gambar yg berkenan just REBLOG. Apa yg aku suka kat tumblr ni adalah quote2 dia selalunya memang kena dengan diri aku, dan kena dengan situasi tu. Kadang2 dok reblog sampai tak sedaq masa dah berlalu..



People may not tell you how they feel about you, but they always show you. Pay attention.

"i don’t think anyone really understands how much compliments actually mean to me like i
 usually brush them off with a joke and a quick “thank you” but really i remember compliments for forever so if you’ve ever complimented me or done something nice for me thank you so much wow"


 
                                                                   



Sapa2 yang belum jelas tumblr tu apa boleh la tengok sini schathedivas.tumbr.com


BLOGGING
Aku ada lagi 1 blog personal yg mana, blog tu aku guna untuk luahkan semuanya.. Hee sebab kadang2 aku tak berapa selesa nak share problem dengan sapa2. Yelah ada benda yg kita boleh share dan ada jugak yg kita nak simpan sorang2 ja. Aku jenis type yg jarang share problem yg berat2 kat orang.. 

Paris laptop

So cara nak menghilangkan beban tu adalah dengan menulis. Nak tulis diari rasa macam tak selamat ja.. Hehe tuliss jela blog. Kat ssitu dari A-Z ada. Hee blog tu pulak privatekan la. Hanya kita ja boleh tengok. Rasa hilang la jugak beban dengan menulis.. 



FRIENDS
Yeayy thank God sebab aku ada bestfriend yg sangat understanding, caring and of course crazy! Ada apa2 sikit terus msg, and few seconds later, ada reply! Yeayy thats why i love you damn much bestiess.. Hilang sikit masalah kalau keluar lepak2 dengan depa.. hm hm tak lupa jugak dekat khai yg selalu ada dengan aku.. Hee love you!

         
  



MUSIC
Sambil2 dok tumblring tadi, atau pn dok saja jelah2. Nak tambah mood tu kena lah dengar lagu okeh! Baru lagi feel! Hehe.. Lagu2 tu haruslah slow song.. Selalunya aku dengar lagu2 Lana Del Rey, Love song yg romantic2 ataupn nak legi feel aku selalu layan Lite Fm ja terus..


Apa2 pon,

When all your failures surround you, and the open doors have closed, look up. There’s a door that never closes. A way. When all the other ways have failed you…

Simple Giveaway by Nanakimie

nanakimie

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 DJH




 FATIN | ZARA | HAWA | TETO | VEE | NUR | DJH | FARAHAIN | WANIE ASHA | EMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom sertai GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 anjuran DJH.Pelbagai hadiah ditawarkan seperti SHAWL | FACEMASK | COLLAGEN EYEMASK |KEYCHAIN | FRIDGE MAGNET | TOPUP | dan pelbagai hadiah menaik lagi.
Syarat mudah dan best.Jom ramai-ramai kita menjoinkan diri! Tekan banner untuk sertai!

Wordless Wednesday


Selasa, 10 Disember 2013

Jom Shopping dengan YOUR STORY SHOP!

Wehee, sebenarnya ni bukan entri berbayar ke apa2 jelah. Saja je tadi scha tengok2 online shop kat fb pastu terjumpa page ni. 


Macam best ja stuff2 kat sini, comel2 cantik2 trendy2 gitu. Scha tengok memang la rambang mata tapi tapi tapi.. Ekonomi tak stabil lagi cuti2 ni.. tsk. Boleh jamu mata jelaa. Antara barang2 yang ada kat page tu ialah, super cute bagpack, bracelet, watch.. Bukan sebarang jam, bukan sebarang bracelet okeh. Trendy dan amat sesuai digayakan oleh anda anda yang tengah baca nie. Hee


  
Omgg, aku suka sangat benda2 camniee arghhhh



Comel tak comel tak? Giler tak comel. Cepat2 grab it nowww.




 












    


Cantik kan cantik kan? Price range dari Rm30 kot kalau tak silap.


Haa dan ni memang paling scha suka.


Cantik gila kan? Untuk yang takdak idea nak bagi hadiah apa kat yg tersayang ke, bole la beli cute stuff ni. Bole la beli bagi hadiah kat member2 ke, untuk diri sendiri ke.. Bff bracelet ke.. Kann. Ehehe kalau berkenan cepat2 pegi page di bawah ye. chow!!


 <YOUR STORY SHOP

The Button Giveaway 2013


TAG:


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Isnin, 9 Disember 2013

Saying something and wishing you hadn't or saying nothing and wishing you had?



Read it slowly..

Have you ever wondered which hurts the most?

Saying something and wishing you hadn't?

Or saying nothing and wishing you had?

I guess the most important things are the hardest things to say. Dont afraid to tell someone you love them, If you do, they might break your heart... If you don't YOU migth break theirs..

Have you ever decided not to become a couple because you were so afraid of losing what you already had with that person?Your heart decides whom it likes and whom it doesnt..You can't tell your heart what to do. It does it on its own.. When you least suspect it, or even when you don't want it to.

Have you ever wanted to love someone with everything you had, but that other person was too afraid to let you?Too many of us stay walled up because we are too afraid to care too much..for fear that one person does not care as much, or even at all..

Have you ever denied you feelings for someone because your fear of rejection was too hard to handle?

We tell lies when we are afraid...afraid of what we don't know, afraid of what others will think,  afraid of what will be found out about us. But everytime we tells a lie, the thing we fear GROWS stronger.

Life is all about risks and it REQUIRES you to jump..Don't be a person who has to look back and wonder what they WOULD have done, or COULD have done.

What would you do if every time you fell in love you HAD to say good-bye? 

What would you do if every time you wanted someone they would never be there?

What would you do if your bestfriend died tomorrow and you never got to tell the how you felt?(even if you dont care anymore)

What would you do if you LOVED someone more than ever and you couldn't have them?

What would you do if you NEVER got the chance TO SAY i am friends with all of my family and they know i love them? People live, but people die. 

If you died tomorrow(God forbid) YOU WOULD BE IN MY HEART.. WOULD I BE IN YOURS?


Credit to - 5tahun 5bulan by Hlovate

Khamis, 5 Disember 2013

Scha dan Social Media

Morninggg people! Nampaknya tak hujan pagi ni, tapi kesejukan tu masih terasa lagi ni ha. Nak jejak kaki dalam bathroom pun maleh sejuk2 gini.. Hee.. Memandangkan scha dah kekeringan idea nak update pasal apa, ada baiknya jugak kita berkenanlan antara satu sama lain kan. Haha awat pelik ja bunyinyaa cha weh.


Facebook : Scha Aryana 


Twitter : @SchaAryana


Instagram : SchaAryana


Wechat ID : schaaryana


Tumblr


Pokok pangkalnya kalau nak cari scha kat benda2 macam ni memang guna nama yg ini je ha 'SchaAryana'. Takdak orang lain dah la tu, scha sorang ja. Ehehe. Profile picture pn sama je semua. Jadi jomla jomla buat apa yg patut. Add/Follow. Kuikui.. Semuanya ni scha bukak hari2, tapi yg paling byk scha on haruslah twitter. Ehehe.. Tinggal la Ig korang sebab kerja kita memang stalk wall kat instagram, double tap, refresh je haa. Tinggal2 nanti boleh follow2 hehe :*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...